Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ahli Farmasi Kongsi Luahan Ibu Tunggal Uruskan Dua Anak Dara, Dakwa ‘Dicabul’ Di Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa diminta supaya lebih peka dengan mengikut perkembangan semasa dalam menangani jenayah seksual. Gejala cabul ini sering berlaku terutamanya pelajar perempuan.

Namun, sebagai warganet kita patut tahu, kekangan yang berlaku berpunca daripada orang sekeliling, mangsanya adalah remaja.

Dalam laman Facebook seorang Ahli Farmasi, Perlindungan Kanak-kanak yang agak dikenali dalam di media sosial, Syed Azmi memberi penjelasan dan mendakwa perkara yang sering menjadi kekangan bukan sahaja ibu bapa malah dalam kalangan guru sekolah yang terlibat.

Tuan Syed, mohon baca dan jangan marah. Saya ibu tunggal dengan 2 anak perempuan. Saya bekerja dan hidup kami sederhana. Anak-anak baik dan senang di jaga. Seorang sekolah rendah dan seorang sekolah menengah.

Kes 1, 2016, anak saya yang di sekolah rendah di cabul oleh guru sekolah. Saya report polis. Dapat kerjasama guru besar tapi kes tak ke mana.

Kes 2, tahun ini pula anak saya di sekolah menengah di cabul lagi teruk oleh guru sekolah.

Kali ni, saya tak report pun. Lagi-lagi pengetua kata sekolah uruskan. Pun takde apa kecuali cikgu tu pindah sekolah.

Sedara semua suruh saya report. Tapi Tuan Syed, waktu kes 1, saya habis banyak masa, duit ke sana ke mari, malu lagi, anak sugul, senyap. Susahnya nak buat benda yang betul pun takde penyelesaian. Jadi kes 2 ni saya tak nak report.

Masalah saya, anak saya ni masih sugul, tenung je jauh-jauh. Kadangkala nangis. Bila tanya takde apa. Saya susah hati. Kes dah lama dah. Kenapa macam ni.

Menurut aktivis sosial ini, perkara di atas adalah salah satu contoh halangan yang berlaku dalam kalangan ibu bapa. Beliau juga mengutarakan langkah yang sepatutnnya dilakukan oleh ibu bapa.

Katanya, melalui perbualannya dengan ibu ini beliau menasihati para ibu bapa untuk pantau dan ambil tindakan yang sewajarnya tentang keselamatan anak-anak.

1. Tahniah kerana cuba jadi ibu yang baik.

2. Beza kes 1 dan kes 2, walaupun puan percaya kedua-dua anak puan, puan cuma tunjukkan puan buat sesuatu untuk kes 1 sahaja. Saya faham susahnya macam mana, tapi pastinya anak puan nak lihat puan fight untuknya.

3. Di sebabkan puan tak report kes 2, kita tak tahu kalau sebenarnya apa yang berlaku pada anak puan lebih daripada apa yang dia ceritakan. Hanya bila kita buat laporan polis sahaja, siasatan akan dibuat, mangsa akan jumpa doktor dan pemeriksaan fizikal akan dibuat. Baru kita tahu semua.

4. Tidak ada masa yang lewat atau lambat nak buat laporan.

5. Nasihat puan untuk anak puan lupakan apa yang berlaku tidak akan tercapai. Budak takkan lupa perkara sebegini dalam hidupnya.

6. Kalau sekarang puan ajak anak kes 2 jumpa doktor dan doktor tahu dia dicabul, report polis masih boleh di buat. Tak salah.

7. Saya akur bila berlaku gangguan seksual di sekolah memang payah sebab bergantung pada pentadbiran sekolah. Kira tak standard. Ini perlu di ubah.

8. Saya galakkan laporan polis dibuat. Tapi apa yang puan cakap ni benar, prosesnya teruk.

Beliau menegaskan jika pelajar terlibat dengan gangguan seksual di rumah, mereka akan mengadu di sekolah sekurang-kurangnya 8 jam di sekolah dapat menenangkan mangsa. Tetapi apa pula terjadi jika di sekolah juga mengalami perkara yang sama.

 

Katanya lagi, guru adalah tempat 90% pelajar gunakan ruang untuk mengadu permasalahan. Guru-guru yang betanggungjawab akan terus membantu pelajar yang dalam kesusahan. Namun, ini halangan yang terdapat.

Ada masalah di peringkat

1. Pemangsa yang suruh mangsa berdiam diri.

2. Peringkat guru yang diberitahu tidak oeka dengan kesan dan akibat.

3. Peringkat pentadbiran yang sendiri menilai dan bertindak dalaman. Tapi sejauh mana itu cukup?

4. PPD yang rasa sekolah boleh selesaikan itu sendiri dan tak perlu bawa ke atas.

5. Ugutan pihak pentadbir pada guru lain untuk tidak masuk campur.

Yang kita mahu, siasatan yang adil pada semua pihak. Ini penting untuk membersihkan nama mana-mana yang di tuduh. Itu sahaja.

Dari situ kita bina SOP lebih baik untuk lindungi murid dan guru daripada berlaku fitnah atau terancam. SOP ini jelas pada semua peringkat staff, murid dan ibu bapa.

Halakan kemarahan pada rakan cikgu yang terpelihara daripada dapat siasatan yang betul.

Sumber: Syed Azmi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)