Siakap Keli
Gambar Hiasan

‘Smokey’ Dari Pasukan Arov Pulang Ke Malaysia, Dapat Berita Ayah Hidap Kanser Tahap 4

Seorang pemain kompetitif pasukan AROV Esports yang beraksi di pentas peringkat antarabangsa PMCO Asia Tenggara Fall Split, Mohamad Umarul Hakimi atau lebih dikenali sebagai Smokey kini pulang ke Malaysia selepas mendapat berita ayahnya menghidap kanser tahap empat baru-baru ini.

Di laman Facebook milik AROV Esports telah mengeluarkan satu kenyataan di mana semasa ketiadaan Smokey di pentas perlawanan hanya tiga orang sahaja beraksi sebagai squad.

Salam Sejahtera semua, mungkin ramai sudah perasan stream PUBG MOBILE yang dinyatakan oleh Jenny #prayforsmokeyfather. Dengan ini kami ingin mengumumkan bahawa Smokey akan pulang ke Malaysia secepat yang mungkin kerana ayah beliau menghidapi kanser tahap 4.

Kami akan teruskan perjuangan kami dengan 3-man squad.

  • BOYKA Gaming&Sales
  • Putra
  • JennyxGaming

Terkini:

Tencent dan VSPN beri kebenaran untuk kami membawa substitute dari Team Bapak Ah iaitu Erynn. Dan kami telah mendapat kebenaran dari MasterRamen . Tetapi ini masih tidak rasmi kerana kami masih tidak dapat keputusan hitam putih dari organizer. Nanti ada apa-apa update tentang isu ini, kami akan bagitahu.

Terima Kasih kepada MasterRamen,Tencent, dan VSPN !

Marilah kita berdoa kepada ayah beliau supaya cepat sembuh. Dan tidak lupa juga kepada follower dan supporter untuk mendoakan kami semoga perjalanan ini mampu untuk kami hadapi.

 

Sumber: AROV Esports

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang