Siakap Keli

Terpisah Selepas Perang Dunia Kedua, Sepupu Menangis Berpelukan, Akhiri 75 Tahun Penantian

Perang Dunia Kedua yang berlaku pada sekitar tahun 1939 sehingga 1945 di mana melibatkan beberapa kuasa Eropah yang dikatakan kuasa sangat terpangaruh dunia telah berlaku. Umum mengetahui, negara yang teruk terjejas adalah Jerman. Paling menyentuh hati, apabila salah seorang ahli keluarga terpaksa berpisah semasa peperangan tersebut.

Selepas 75 tahun, dua lelaki warga emas ini yang dipercayai sepupu yang terselamat semasa peperangan bertemu semula di sebuah majlis perjumpaan yang dirancang oleh anak salah seorang daripada lelaki ini.

“Kami sedih dengan apa yang berlaku dan sangat beremosi dengan apa yang berlaku,” kata Camela Ofer yang berusaha mengadakan reunion untuk pertemukan mereka berdua.

Menurut saudaranya, dia yang tinggal di Houstan mendapat tahu ada saudara lain yang masih baik dan hidup.

“Saya telah menunggu selama 75 tahun untuk melihatnya,” kata mangsa yang terselamat semasa peperangan dunia kedua di Holocaust semasa pertemuan yang penuh beremosi tersebut.

Ofer yang merupakan anak kepada salah seorang saudara ini juga telah melakukan ujian DNA untuk memastikan kesahihannya.

“Secara tiba-tiba saya melihat dan rasa sangat mengenali lelaki ini kerana wajahnya seperti ayah saya”

Sejak mereka berhubung melalui FaceTime sangat beremosi. Mereka akui bahawa antara mereka saling mencari antara satu sama lain.

“Kami sebagai anak-anak, menagis dan terus menagis sehingga tiada kata-kata yang mampu keluar dari mulut kami.”

Ketika mereka ingin menuju ke sebuah majlis perkahwinan ahli keluarganya dan mengetahui bapa saudaranya juga berada di sana. Jadi mereka memutuskan untuk berjumpa selepas 75 tahun terpisah.

Kata bapa saudaranya, dia ingat pada hari terakhir melihat bapa Ofer pada tahun 1943 ketika perperangan berlaku.

Tambahnya lagi, dia selamat melarikan diri selepas bersembunyi selama hampir dua tahun.

Bapa saudara Ofer

Kata Ofer, ayahnya juga bersembunyi di celahan mayat-mayat yang bergelimpangan agar tidak terperangkap daripada penjajah.

Sewaktu mereka terpisah masing-masing berumur 10 dan 12 tahun. Sekarang umur mereka mececah 85 dan 87 tahun.

Sumber: ABCNews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)