Siakap Keli

“Aku Amat Merinduinya..,” Ayah Diserang Minor Stroke, Mungkin Risau Dah 173 Hari Anak Hilang

Lebih kurang 5 bulan yang lalu, negara dikejutkan dengan berita kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang sehingga kini masih belum ditemui.

Ayah kepada adik Zaahiruddin, Mohd Fauzi memuatnaik gambar-gambar beliau sedang dirawat di sebuah hospital kerana mengalami sakit kepala yang teruk. Dalam status berkenaan juga menyatakan semalam (5 Oktober 2019) sudah 173 hari anaknya hilang dan gagal dikesan. Menurut beliau sakit kepala yang teruk itu juga mungkin kerana memikirkan soal kehilangan anaknya itu.

menurut Mohd fauzi, doktor mengesahkan beliau mengalami Minor Stroke. Sejak kehilangan anaknya, dia mendakwa turut menghidap sakit seperti slip, sakit tumit dan sakit lutut.

“Ya Allah, selamatkanlah anak ku Zahir. aku amat merinduinya..”

 

Laman portal berita Siakap Keli juga pernah menyiarkan artikel tentang kehilangan adik Muhammad Zahiruddin pada bulan April yang lalu. Semoga ada titik noktah untuk keluarga adik Zahiruddin nanti.

Sumber: Mohd Fauzi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)