Siakap Keli
Gambar: Abby Abadi

“Keadaan Memang Kritikal”, Alami Pendarahan, Paru-paru Tak Kuat, Abby Abadi Rayu Rakyat Malaysia Doa Baby Danial

Umum mengetahui selebriti tanah air, Abby Abadi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pramatang pada 27 September lalu dengan berat 535 gram.

Walaubagaimanapun menurut Abby, bayi yang diberi nama Danial itu sedang dipantau unit penjagaan intensif bayi (NICU) Hospital Sungai Buloh berikutan paru-parunya yang masih lemah.

Genap 11 hari usia Danial pada hari ini, Abby berkongsi keadaan terkini bayinya yang terpaksa bergantung kepada mesin untuk bernafas.

Siang tadi, dapat panggilan dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila beritahu kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sebelum pergi haritu, dan tahu stok darah Mama ada lagi. Dorang telefon semula beritahu takpe, memang stok ada lagi. Boleh datang Isnin pagi.”

Petang tadi hospital telefon lagi, maklumkan ada Doktor nak jumpa nak cakap pasal Baby Danial (Doktor ramai, bertukar ganti).

Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar-debar rasa bila kata Doktor nk jumpa tu.. Rasa nak terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam-macam dah.

Sampai Sungai Buloh pukul 10.30 p.m tadi terus ke NICU. Dari jauh nampak dah kaki Danial bergerak-gerak. Ya Allah bersyukur sangat-sangat! Baby kami masih ada.

Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia. Berlinang airmata..

Baby Danial 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas

Doktor datang jumpa tanya tahukan macam mana keadaan Baby. Pendarahan, paru-paru tak kuat bla bla bla.. Dan yang terbaru, baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin untuk bernafas.. Maksimum dah penggunaan mesin tu untuk baby seusia Danial.

Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc

Ya Allah.. Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tapi dari awal pun beberapa org Doc cakap point yang sama juga, 50/50 peluang untuk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia… dengan berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku.

Tapi saya dan suami kuatkan hati tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban dari Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas makhluknya.

Tiada apa yang saya harapkan dari sahabat-sahabat disini. Mohon teruskan doa untuk Baby kami ye. Hanya DOA boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak kongsi keadaan Baby tapi kalau tak share, takde pula yang mendoakan untuk Baby kami nanti.

View this post on Instagram

Hari ke 9 & 10 (5/6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah 😘😇 . Siang tadi, dapat cal dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama utk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sblm pergi haritu, & tahu stok darah Mama ada lagi… dorang cal semula bgtau takpe mmg stok ada lagi. Buleh dtg Isnin pagi . Petang tadi hospital cal lagi, bgtau ada Doc nk jumpa nk cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar2 rasa bila kata Doc nk jumpa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sbb dah terfikir mcm2 dah 😫 . Sampai Sungai Buloh kul 1030pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak2. Ya ALLAH bersyukur sangat2! Baby kami masih ada 😭😭😭 . Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia…berlinang airmata… 😢 . Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. & yg terbaru…. Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin utk bernafas……. maximum dah penggunaan mesin tu utk baby seusia Danial. Jadi mmg conditionnya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye…kata Doc . Ya ALLAH………Sayu dengar bila Doc cakap mcm tu… tp dari awal pun beberapa org Doc cakap point yg sama juga, 50/50 peluang utk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yg sangat tidak bersedia… dgn berat hanya 535gram berbagai kemungkinan buleh berlaku . Tapi Sy & Suami kuatkan hati & tak putus berdoa & berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sbb ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya . Tiada apa yg Sy harapkan dari Sahabat2 disini. Mohon teruskan doa utk Baby kami ye. Hanya DOA buleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nk share keadaan Baby tp kalau tak share, takde pulak yg mendoakan utk Baby kami nanti 😢 #SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sumber: Abby Abadi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.