Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf Ditidurkan Di Hospital Di Oman Susulan Jangkitan Paru-Paru

Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf Ditidurkan
Kredit: Threads Saiful Nang

Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf, dilaporkan telah ditidurkan selepas mengalami jangkitan paru-paru ketika berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu Ramadan 2027.

Perkembangan itu dikongsikan oleh rakannya, Saiful Nang menerusi satu hantaran di media sosial pada hari ini yang memaklumkan Akhmal telah menjalani proses intubasi di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat.

Sebelum itu, Saiful telah berkongsi berita mengenai keadaan kesihatan Akhmal yang mengalami demam sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru.

Menurutnya, Akhmal telah dimasukkan ke Hospital Nizwa pada malam sebelumnya sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf Ditidurkan

Ketika berkongsi perkembangan tersebut, Saiful memaklumkan mereka berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu Ramadan 2027 yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari.

Malah, kejadian itu berlaku ketika mereka baru memasuki hari keenam penggambaran di negara berkenaan.

Saiful turut memaklumkan beliau masih berada di Oman bersama Ustaz Shauqi Hasan dan Abu Rijal sepanjang tempoh penggambaran tersebut.

Dalam hantaran awalnya, Saiful turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Akhmal serta berharap segala urusan mereka di Oman dipermudahkan.

Menerusi perkembangan terbaharu itu, beliau sekali lagi menyeru orang ramai agar terus menitipkan doa buat Akhmal yang kini sedang menerima rawatan di Muscat.

Setakat ini, belum ada maklumat lanjut dikongsikan mengenai keadaan terkini Akhmal atau perkembangan rawatannya.

Apapun, sama-sama kita doakan agar Akhmal diberikan kesembuhan dan segala urusan rawatannya dipermudahkan.

Intipati
  • Akhmal Asyraf dilaporkan ditidurkan selepas mengalami jangkitan paru-paru ketika berada di Oman.
  • Saiful Nang memaklumkan Akhmal menjalani intubasi di Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat.
  • Beliau berada di Oman untuk penggambaran Kembara Wahyu Ramadan 2027 selama 14 hari.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan