Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lima Ekor Gajah Lagi Ditemui Mati Di Air Terjun Khao Yai

Sebelum ini, enam ekor gajah liar dilaporkan mati selepas tergelincir jatuh dekat air terjun Haew Narok yang terletak di Taman Negara Khao Yai pada pagi Sabtu.

Pada hari ini, media tempatan melaporkan telah mengesan lima ekor gajah lagi berada pada kawasan air terjun yang sama. Perkara ini telah membuatkan bilangan gajah terkorban adalah sebanyak sebelas ekor. Bangkai lima ekor gajah itu telah dikesan melalui ruangan udara menggunakan dron.

Walau bagaimanapun, punca gajah tersebut terjatuh ke dalam air terjun berkenaan masih belum dikenal pasti.

Pegawai penyelamat taman menggunakan jaring yang besar untuk memerangkap bangkai gajah mati supaya ianya tidak mengalir atau mencemarkan kawasan takungan. Gajah yang mati akan diperiksa untuk petunjuk kepada punca kejadian tersebut.

Sumber: Bangkok Post, Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra