Siakap Keli
FOTO: THINK.KERA

Ramai Tak Tahu Tentang Insurans Untuk Penyakit Kritikal, Boleh Bantu Kita Jika Hilang Pekerjaan

Pernah anda terfikir, jika anda yang selama ini sihat, stabil dan boleh menampung berpelanjaan keluarga demi kesejahteraan mereka, tiba-tiba tidak mampu lagi bekerja selepas disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung atau strok?

Mungkin anda rasa ia takkan terjadi kepada anda atau orang yang anda sayangi, tetapi hakikatnya penyakit kritikal tidak mengenal usia, bahkan tidak perlu menunggu tua.

Jangan ambil remeh tentang perkara ni.

Kehilangan punca pendapatan sering terjadi bila ditimpa penyakit kritikal. Bagaimanakah anda boleh mengatasinya, lebih-lebih lagi jika anda tunjang utama pendapatan dalam keluarga terutamanya bila sudah bergelar ‘ketua keluarga’ atau merupakan anak sulung yang perlu menjaga kebajikan ibu bapa atau adik beradik yang lain?

Selain daripada kos rawatan yang kian meningkat, bayangkan juga kesan penyakit kritikal kepada ibu, ayah, suami atau isteri dan anak-anak, lebih-lebih lagi jika pendapatan anda terjejas. Mereka juga mungkin terbeban dari segi kewangan serta emosi dalam menghadapi kehidupan mereka seterusnya.

Sediakan payung sebelum hujan. Tidak terlambat rasanya untuk anda fikirkan tentang insurans yang memberi perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif dan boleh mengurangkan bebanan kewangan sekiranya anda tidak bekerja.

Betul ke? Ya, betul. Anda pernah dengar tentang PRUMy Critical Care

PRUMy Critical Care menawarkan:

  • Perlindungan komprehensif untuk penyakit kritikal yang membolehkan anda untuk membuat tuntutan berganda hingga 400% daripada jumlah diinsurankan.
  • Perlindungan Manfaat Istimewa Tambahan untuk keadaan berkaitan diabetik dan keadaan berkaitan sendi.
  • Perlindungan diagnosis semula untuk 3 penyakit kritikal utama iaitu Kanser, Serangan Jantung dan Strok/ Angin Ahmar.
  • Perlindungan penyakit kritikal dari peringkat awal hingga akhir, memastikan anda tetap dilindungi.

Insurans perubatan tak mencukupi ke?

Mungkin ramai yang tahu atau sudah ada insurans perubatan tapi tidak tahu perbezaan antara insurans perubatan dengan insurans penyakit kritikal. Jangan risau, ini huraiannya yang patut anda tahu.

Insurans perubatan hanya membayar kos rawatan dan ubatan semasa anda dimasukkan ke hospital manakala pelan penyakit kritikal seperti PRUMy Critical Care membayar sejumlah wang sekaligus kepada anda jika didiagnosis dengan salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.

Tambahan lagi, insurans perubatan membayar kepada hospital khusus untuk kos rawatan, perubatan atau kemasukan ke hospital anda sahaja. Manakala bayaran sekaligus dari insurans penyakit kritikal yang dibayar kepada anda boleh digunakan untuk menggantikan kehilangan pendapatan akibat penyakit kritikal. Malah, ia juga boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan serta pemulihan seterusnya di rumah atau di tempat selain daripada hospital. Anda juga boleh menggunakannya untuk kos harian dan keperluan kehidupan anda dan keluarga iaitu tidak terhad kepada kos perubatan sahaja.

Kesejahteraan orang tersayang bermula dengan anda. Dapatkan perlindungan penyakit kritikal dengan PRUMy Critical Care!

Kos sara hidup dan penjagaan kesihatan semakin meningkat saban hari, oleh itu tahap kesedaran dan persediaan anda juga harus selari. Sebab itu, anda perlukan pelan penyakit kritikal yang bermanfaat dalam jangka masa yang panjang. Salah satu pelan yang anda harus pertimbangkan adalah PRUMy Critical Care.

Seperti video di bawah, tidak boleh dinafikan bahawa penyakit kritikal boleh memberi kesan mendalam kepada keluarga, bukan saja secara emosi tetapi juga dari segi kewangan. Namun ianya boleh diatasi dengan adanya insurans penyakit kritikal seperti PRUMy Critical Care di sisi. Sekurang-kurangnya bayaran sekaligus daripada pelan ini kepada anda boleh membantu meringankan bebanan kewangan, agar anda dapat terus memelihara kesejahteraan keluarga sambil anda menumpukan perhatian pada usaha untuk kembali sembuh.

Cepat-cepatlah daftar sebagai pemegang PRUMy Critical Care ni! Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang PRUMy Critical Care, anda boleh layari laman web rasmi Prudential Malaysia.

&nbsp

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang