Siakap Keli
Gambar: Google

“Setiap Orang Ada Monster Dalam Diri”, Mengaku Pesakit Mental, Wanita Ini Review Kenapa Filem Joker Begitu ‘Menjadi’

Filem Joker yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara ini telah menjadi bahan bualan sebilangan rakyat Malaysia. Dalam masa hanya seminggu, filem ini telah menjadi filem Box Office dalam bulan ini apabila dilaporkan meraih kutipan sebanyak (AS$234 juta) RM979 juta secara global.

Joker adalah salah satu watak antagonis yang selalu dilihat di dalam filem-filem dan komik Batman. Watak Joker ini adalah merupakan watak yang penting di dalam dunia komik DC. Seseorang yang memegang watak Joker ini juga perlu ada beberapa kriteria yang perlu ditekankan bagi membawa watak yang penting ini.

Seperti yang kita ketahui, Joker ini merupakan seorang penjahat yang dilihat sebagai psiko dan sakit mental. Namun apa yang kita tidak ketahui ialah watak Joker ini sebenarnya memaparkan tentang penderitaan yang dilalui oleh seorang pesakit mental dan apa yang boleh terjadi sekiranya golongan ini tidak dirawat dan sering dianiaya oleh masyarakat.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Hanan Mikhael Azman, dia ada berkongsikan review tentang filem Joker ini.

Perkongsiannya itu juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang penderitaan yang dilalui oleh seorang pesakit mental menerusi review filem Joker yang telah ditontonnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Tak pernah pernah aku tulis review pasal filem-filem yang pernah aku tonton. Sebab aku tak pandai dan biarkan pengkritik filem sahaja yang buat kerja begini. Bukan kepakaran aku.

Tapi filem ‘Joker’ ini bagi tamparan hebat buat aku sebagai pesakit mental. Macam kena tampar bertalu talu. Kesan dia menusuk sampai ke dalam urat belikat. Jadi aku sekadar nak kongsi pendapat peribadi aku tentang filem ini.

Hinggakan ia mengimbau memori silam aku sendiri dan punca terjadinya penyakit ini.

Ia digarap hebat oleh pengarahnya Todd Philips. Mamat ni terkenal dengan filem komedi macam ‘road trips’ dan ‘Starsky and hutch. Tak sangka pula dia juga berkebolehan bikin filem yang meruntun perasaan dengan padu.

Gambar: Google

Pelakon Joaquin Phoenix bagi aku berjaya membawakan watak stand alone sebagai Joker atau Arthur Flex seorang pesakit mental dengan sangat berkesan. Wataknya hidup dan tak nampak ‘try hard’. Filem terakhir yang aku tonton mamat ni berlakon ialah The Paradise.

Gambar: Google

Kalau korang bayangkan cerita ini seperti filem Marvel atau DC Comic yang lain ini bukan filemnya. Filem ini tak ada adegan aksi terlampau dan tak menggunakan effect layar hijau sepertimana selalu. Tak ada semua tu.

Aku bukan nak puji lebih lebih akan filem ini, tapi aku memang suka. Filem ini menggambarkan kisah realiti kes buli, penderaan mental dan fizikal yang sering terjadi dalam kehidupan hari ini. Its real thing. Itulah yang membuatkan filem ini menjadi bagi aku.

Kisah ini memberi impak besar kepada kita semua supaya sedar akan kesan negatif yang mungkin bakal terjadi terhadap seseorang individu jika dibuli dan didera secara mental dan fizikal.

Ya, memang filem ini akan membawa ‘triggered effect’ kepada segolongan besar pesakit mental terutamanya mereka yang mengalami depresi. Filem ini sarat dengan kemurungan dari awal hingga lah ke akhir cerita. Aku sendiri terkesan dan tersangat sebak sepanjang menonton. Yang powernya aku boleh tahan tak menangis dalam wayang. Aku layan filem ni seorang diri.

Setiap manusia itu ada monster yang tersorok dalam diri mereka. Filem ini menggambarkan betapa bagaimana seorang manusia yang selama ini hanya membiarkan dirinya menderita dengan penyakit mentalnya itu mampu mengeluarkan monster yang mendiami dirinya itu berkembang menjadi satu watak yang mampu menggegarkan Gotham city dan diangkat sebagai hero masyarakat akibat kesakitan yang tak mampu dibendung lagi.

Gambar: Google

Kisah ini sangat sangat mengingatkan aku tentang penderitaan yang aku sendiri alami. Mungkin filem sebegini mampu membuka minda masyarakat supaya membuang stigma terhadap pesakit mental. Ia bukan sesuatu yang ringan untuk ditanggung.

Seperti quotes yang tertulis dalam buku journal Arthur Flex ‘semoga kematian aku lebih memberi erti dari kehidupan aku’ begitulah sadisnya penderitaan yang dia lalui.

Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu emosi dalam memberi review filem ini. Tapi thats the facts though. Ini hanyalah sekadar pendapat peribadi. Dari hati kecil aku sebagai seorang pesakit mental.

Bila aku tengok Arthur menangis, aku pandang itu diri aku yang sedang menangis seorang diri, bila aku tengok Arthur jalan penuh bergaya dan penuh yakin aku pandang itu diri aku ketika manic, bila aku tengok Arthur bercerita dengan psykiatris aku pandang itu diri aku dalam setiap sesi dengan doktor aku.

Gambar: Google

Hinggakan bila aku tengok Arthur tembak orang yang mempermainkan dia aku membayangkan yang aku juga mampu buat begitu pada orang yang sering buat aku triggered! InsyaAllah tak adalah sampai tahap tu. Yang tu mampu imagine sajelah.

Bab lain, filem ni memang digarap dengan baik dengan muzik score yang mantap dan sinematografi yang padu.

Rating aku bagi 9/10. Aku tak bagi 10/10 sebab aku tak puas tengok. Kalau tambah 2-3 jam lagi pun aku boleh cegang mata tengok sampai habis. Filem ni memang pencetus fenomena baru bagi filem tentang mental illness.

Filem ini juga buat aku rasa nak merokok selepas menonton. Gurau je.

Hanan Mikhael Azman
First time review movie

Sekian.

Sumber: Hanan Mikhael Azman/NZ Herald

Aqmal Ezany

I write what is right