Siakap Keli

Orang Ramai Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat Pejuang Terbang Rendah Jumaat Ini

Tentera Udara Diraja Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi, menasihatkan orang ramai agar tidak merasa cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat pejuang terbang rendah di ruangan udara Menara Berkembar KLCC pada 11 Oktober 2019 (Jumaat) ini.

Keaadan itu berikutan koordinasi terbang lintas antara pesawat Hawk 108 milik TUDM bersama empat buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force (RAF) sempena Eksesais Bersama LIMA.

”Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama British High Commissioner akan mengkoordinasikan terbang lintas pesawat Hawk 108 milik TUDM serta 4 buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force (RAF) di sekitar Menara Berkembar KLCC.

”Terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 11 Okt 2019 (Jumaat) jam 10.15 pagi.

”Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan kerana ianya adalah sempena Eksesais Bersama LIMA,” kata kenyataan tersebut.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra