Siakap Keli

Betul Ke Wanita Mengandung Tak Boleh Mandi Malam? Ini Jawapan Doktor

Terdapat pelbagai mitos-mitos dalam perubatan yang menyebabkan ramai diantara kita mempercayainya tanpa merujuk sendiri kepada sumber yang sahih.

Mitos-mitos ini secara tidak langsungnya telah diwariskan kepada generasi-generasi yang akan datang. Antara mitos perubatan yang selalunya kita dengar ialah makan ubat tahan sakit akan menyebabkan buah pinggang rosak, makan sebiji panadol akan kekal dalam badan selama 5 tahun dan banyak lagi.

Menerusi satu perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang doktor sakit puan yang bernama Muhammad Izzat menerusi akaun Facebooknya, dia ada menerangkan tentang mengapa mitos wanita hamil tidak boleh mandi waktu malam adalah salah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponennya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ketuban ini banyak dari biasa.

Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban/mentuban tu boleh menjadi banyak :

Gambar hiasan

1) ibu ada kencing manis – bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yang tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak.

2) Bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini tak boleh ditelan dan menjadi banyak.

Gambar hiasan

3) Bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yang mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban tak boleh ditelan dan air ketuban menjadi banyak.

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yang ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.

Air mandian tu tak boleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban/mentuban banyak secara tiba-tiba.

Orang mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bila-bila masa pun takde masalah. Yang taknak mandi ni dah kenapa?

Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

Sumber: Muhammad Izzat

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.