Siakap Keli

Terkini: Taufan Super Hagibis Paling Kuat Abad Ini Makin Hampiri Jepun, Lebih 1,600 Penerbangan Dibatalkan

Salah satu ribut yang paling kuat pada tahun ini dijangka ‘menelan’ Jepun Sabtu (esok). Taufan Hagibis dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang kepada kawasan Tokai dan rantau Kanto, termasuk Tokyo.

Dua acara utama yang besar di Jepun hujung minggu ini, Piala Dunia Ragbi dan Grand Prix Jepun dibatal serta dianjak kepada hari Ahad.

Imej satelit menunjukkan gerakan ribut semakin besar sehingga meliputi keseluruhan negara Jepun. Hagibis akan menjadi ribut paling kuat yang akan ‘memukul’ negara itu dalam beberapa dekad.

Kesemua penerbangan Nipon Airways telah dibatalkan dan agensi Meteorologi turut mengklasifikasikan bencana ini sebagai yang paling tinggi dan ‘kejam’.

Lapangan terbang Tokyo antara yang terkena tempias paling teruk dengan pembatalan penerbangan sebanyak 558 dan 540 daripada ANA dan JAL sekali gus membuatkan jumlah pembatalannya lebih 1,600. Itu meliputi penerbangan domestik dan luar negara.

Hampir setiap syarikat penerbangan utama di seluruh dunia terjejas disebabkan badai besar dengan diameter meliputi 1,400km.

Keretapi Timur Jepun turut memutuskan untuk menghentikan operasi di beberapa laluan tempatannya di dalam dan di luar Tokyo.

Sumber: Forbes, NHK World Japan

Nur Farra