Siakap Keli

Marah Anak Buat ”Homework” Sambil Tengok Kartun, Budak 8 Tahun Mati, Salur Darah Ke Otak Pecah Kepala Dipukul Mak

Seorang pelajar sekolah rendah di China maut selepas saluran darah pada otaknya pecah dipercayai dipukul oleh ibunya sendiri gara-gara membuat banyak kesalahan dalam menyiapkan kerja sekolahnya.

Kanak-kanak berusia 8 tahun yang tinggal di Tongchuan, China itu dilaporkan sedang menonton kartun sambil menyiapkan kerja sekolahnya, perbuatan tersebut secara tidak langsung telah mengganggu konsentrasinya.

Kerana terlalu banyak sangat kesalahan yang terdapat dalam kerja sekolah itu, ibu kepada kanak-kanak tersebut menjadi berang dan bertindak memukul di bahagian belakang kepala mangsa.

Ibu mangsa yang rasa bersalah dengan perbuatannya itu selepas melihat anaknya menangis, menghidangkan sepeket kaki ayam untuk memujuk anaknya itu.

Kanak-kanak itu mula berhenti menangis selepas menikmati kaki ayam tersebut. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut mula muntah-muntah tidak beberapa lama selepas itu.

Mengesyaki bahawa kaki ayam tersebut mungkin telah rosak, ibu kepada kanak-kanak itu lekas bergegas membawa anaknya itu ke hospital. Malangnya, anaknya itu telah menghembuskan nafas terakhir pada malam hari kejadian.

Doktor telah memberitahu bahawa hidangan kaki ayam tersebut tidak ada kaitan pun dengan kematian anaknya itu.

Sebaliknya, mangsa telah meninggal dunia disebabkan cerebral concussion, iaitu trauma pada bahagian otak akibat kecederaan pada tisu otak yang lebam.

Ibu mangsa yang mengaku memukul belakang kepala anaknya itu sebagai hukuman berasa kesal atas perbuatannya itu sendiri.

Akibatnya, hukuman yang dilakukan ke atas anaknya itu telah mengakibatkan saluran darah pada otak anaknya itu pecah yang membawa kepada kematian anaknya itu.

Sumber: NEXTSHARK

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.