Siakap Keli

Betul Ke Pengalaman Melancong Lebih Bahagia Dari Sebuah Perkahwinan? Ini Penjelasan Pakar

Ramai wanita dan lelaki yang bekerjaya yang tidak menitikberatkan tentang perkahwinan daripada seronok bercuti dengan rakan-rakan. Ya, mereka mampu ke sana dan ke mari untuk melancong.

Tapi ada juga sesetengah orang yang berfikir jika travel mesti perlukan pasangan yang bersama untuk bercuti. Yelah, jarang sekali jika orang bercuti seorang diri lebih-lebih di negara asing buat kali pertama.

Dalam satu kajian membuktikan bahawa travel  boleh membuatkan anda lebih bahagia daripada sebuah perkahwinan. Apa sebabnya pengkaji berkata begitu? Ikuti empat penjelasan pakar tentang hal ini.

1. Mengembara membuatkan anda mendapat bahagia segera

Responden mengesahkan bahawa beberapa perkara yang boleh berubah dengan melancong kerana ia mendatangkan kebahagiaan. Untuk pengetahuan anda, 77% manusia mengatakan bahawa mereka menempah percutian untuk meningkatkan perasaan dengan segera.

2. Melancong boleh membawa kepada kebahagiaan lebih daripada rancangan hidup yang penting

Lebih 49% responden mengatakan mereka lebih merasakan tahap kebahagiaan lebih tinggi apabila mereka merancang dan pergi bercuti daripada yang mereka lakukan pada hari perkahwinan mereka.

3. Membeli barang tidak memberikan kegembiraan

Sangat setuju! Kerana orang menghargai pengalaman yang dimiliki sangat penting. Responden berkata bahawa kepuasan melancong lebih daripada kebahgian membeli barang. Ada juga yang memberi respon bahawa menangguhkan penambahbaikan rumah semata-mata untuk melawat tempat baharu.

4. Meningkatkan kesejahteraan emosi manusia

Lebih daripada 80% responden berasa gembira apabila mereka hanya melihat peta dan memilih tempat yang mereka mahu lawati. 6 daripada 10 responden merasakan peningkatan emosi apabila mereka membawa ulasan hotel dan membayangkan perjalanan yang bakal mereka lalui.

Ada juga yang mengatakan bahawa membeli belah seperti membeli pakaian baharu dapat meningkatkan mood untuk bercuti. Jadi, betul lah kajian mengatakan pengalaman bercuti lebih indah daripada sesebuah perkahwinan.

Sumber: Brightside.me

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)