Siakap Keli

Dah Tahu Nak ‘Pergi’, Ayah Tulis 19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak

Ketiadaan sosok ayah untuk meraikan setiap hari lahir adalah perit untuk ‘ditelan’ oleh seorang anak. Sedar akan hakikat ini, seorang ayah di Taiwan telah sedaya upaya untuk menulis 19 kad ucapan hari lahir untuk anaknya sebelum meninggal dunia disebabkan kanser hati.

Kredit Foto: Bella Chu

Kad ucapan itu tidak dibuka dan dibaca oleh sesiapa sehingga anaknya sudah menjangkau umur dewasa.

Menerusi posting isterinya di Facebook, Bella Chu, suaminya meninggal dunia pada tahun 2006 iaitu ketika anak mereka berusia satu tahun.

Dalam bulan terakhir sebelum meninggal dunia, suaminya menulis setiap kad ucapan dalam keadaan tenat dan lemah namun berjaya menyiapkan kesemua kad itu untuk diberikan kepada anak kesayangannya.

Kredit Foto: Bella Chu

Anak beliau kini sudah berusia 14 tahun dan akan berusia 20 tahun pada 2025 nanti.

Sumber: Bella Chu

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra