Siakap Keli

Kajian Antarabangsa Dakwa Malaysia ”Top 10” Negara Paling Banyak Laporan Kes Buli Siber Di Dunia 2018

Isu buli siber bukanlah perkara yang ringan. Kita telah menyaksikan bagaimana buli siber telah meragut nyawa beberapa mangsa buli yang akhirnya bertindak membunuh diri sama ada di dalam atau luar negara.

Kajian menunjukkan penderaan emosi memberi kesan yang sama dengan penderaan fizikal dari segi impaknya kerana ia boleh menjurus kepada masalah mental seperti depresi dan post-traumatic stress disorder (PTSD).

Bahkan ia mungkin lebih teruk kerana kesannya tidak dapat dilihat secara zahir sehingga mewujudkan stigma dalam kalangan masyarakat yang memandang negatif kepada pesakit mental seolah-olah mereka hanya inginkan perhatian.

Malangnya, negara kita turut tersenarai antara negara paling banyak mengamalkan buli siber. Comparitech baru-baru ini dalam kajiannya mendakwa Malaysia berada pada tangga keenam negara yang paling banyak laporan buli siber sepanjang 2018.

Selain itu, terdapat beberapa kes popular di luar negara yang melibatkan ‘pembunuhan’ berkait dengan buli siber antaranya  yang terbaru melibatkan selebriti Korea Selatan, Choi Jin Ri atau lebih dikenali dengan nama Sulli.

Akibat sering menerima banyak kecaman di media sosial secara berterusan, selebriti yang mengalami depresi ini akhirnya bertindak mengambil nyawa sendiri.

Bagi membendung permasalahan buli siber di sana, negara tempat ke-19 paling banyak laporan buli siber itu akhirnya bakal mengemukakan bil yang digelar “Akta Sulli” bagi mengatasi masalah berkenaan.

Seramai sembilan ahli dewan undangan telah mengemukakan cadangan tersebut dengan sokongan kira-kira 100 organisasi dan 200 selebriti yang merupakan rakan kepada mendiang ataupun mereka sendiri yang pernah menerima komen berniat jahat.

Akta tersebut akan dibawa ke dewan pada hari ke-49 pemergian mangsa.

Sebelum ini, artis dan komposer yang turut maut akibat bunuh diri, Kim Jonghyun telah menerbitkan album terakhir beliau di mana salah satu lagunya (Waffle) menyindir sikap warga maya yang gemar meninggalkan komen jahat serta menyebarkan gosip tentang orang lain semata-mata dari kisah yang di ‘dengar-dengar’.

Dalam bahasa Korea, sebutan waffle (wa-pul) dan komen jahat (ak-pul) hampir serupa di samping maksud waffle yang merujuk kepada perbuatan menulis atau bercakap sesuatu yang tidak penting (Dictionary.cambridge, 2019)

I’m just here and they give me something to rip apart, thanks I guess
Once that wears out, just switch to a different story I guess

I was bored so this is good, so what happened?

Eat a waffle, you try it too, try eating the bad comments
They’re dating
That’s what they say
My friend’s cousin’s senior’s friend’s in-laws saw
That’s what they say
Those two fought
That’s what they say
They flipped the place over, turned it inside out and it was crazy
Never mind if it’s not true

Mungkin ada yang berpendapat mangsa perlu jauhkan diri dari media sosial kalau tak mampu tahan dikecam. Hakikatnya orang yang ‘bermulut bawang’ itu sebenarnya turut perlu menjauhi media sosial.

Ingatlah, hari ini mulut, tangan kita mungkin boleh berbicara. Esok lusa bila dah tak bernyawa, jenuh nak merangkak di akhirat mencari orang yang kita umpat.

Kalau tak suka seseorang, kenapa perlu bazirkan masa merangkak cari mereka di akhirat?

Benarlah kata-kata ilmuan bahawa lidah lebih tajam dari mata pedang.

Sekiranya anda mengalami tekanan perasaan dan memerlukan bantuan serta sokongan, anda boleh berjumpa atau menghubungi Befrienders di talian 24 jam mereka, 03-79568145.

Jika anda menjadi mangsa buli siber, ingatlah bahawa mereka yang membuli anda mungkin mempunyai hidup yang menyedihkan hingga terpaksa mencari perhatian melalui anda.

Terus bertahan dan jalan ke hadapan. Sesungguhnya hidup dan nyawa anda berharga.

Sumber: Comparitech, Genius, Healthline, Soompi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.