Siakap Keli

(Gambar) ”MasyaAllah, Sejuknya Hati Lihat Bidadari Syurga..” Penampilan Lisa Buat Ramai Tergamam

Pelakon cantik, Lisa Surihani sememangnya diketahui sudah tampil dengan penampilan barunya sekitar Jun lalu. Dia yang manis mengenakan hijab setelah pulang daripada mengerjakan umrah, seringkali mendapat perhatian ramai peminat baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya.

Terbaru, perkongsian Lisa yang dimuat naik dua jam lalu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang terpegun dengan imej sopannya. Dia yang bersama-sama dengan beberapa rakan artis yang lain meluangkan masa dalam satu sesi bersama Prof Dr Muhaya.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, kelihatan artis kesayangan ramai itu manis mengenakan tudung labuh dengan wajah semulajadi yang berseri-seri. Patutlah ramai yang tidak berkelip mata memandang, memang cantik betul!

Luang masa dengan Prof Muhaya

Netizen yang membanjiri ruangan komen memuji kecantikan pelakon tersebut. Penampilannya disifatkan sangat menyejukkan hati mata yang memandang. Apa pun, kami akan mendoakan Lisa akan terus istiqamah.

Sejuk hati tengok wajah bidadari semua

Suka sangat tengok Lisa yang sekarang

Cantik sangat Lisa

Sumber : Instagram lisasurihani

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra