Siakap Keli
Gambar: Facebook

”Terkena Betul-Betul Kat Saraf Darah”, Ibu Mohon Doa, Hidup Anak Sekelip Mata Berubah Selepas Kepala Terhantuk Kerusi

Terjatuh, terhantuk adalah perkara biasa dalam kehidupan kanak-kanak yang sedang membesar. Namun siapa sangka kecederaan daripada ‘perkara biasa’ ini boleh mengubah kehidupan seseorang kanak-kanak yang asalnya ceria dan riang, namun kini terpaksa menahan kesakitan daripada bengkak di kepalanya.

Menurut ibunya, Nursasabila Kamarulzaman, anaknya hanya terhantuk pada kerusi dan bukan jatuh dari tempat tinggi. Hasil pemeriksaan awal di hospital pun mendapati kecederaannya tidak serius. Namun selepas beberapa hari, keadaan anaknya menjadi semakin teruk sehingga menjejaskan kehidupan si comel itu.

“Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail.” Seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, mama dan papa redha akan ujian Allah ini. Kami terima ujian ini dan percaya ada hikmah di sebalik dugaan yang diberi.

Pada mulanya Iman hanya terhantuk biasa sahaja. Iman bukan jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia cedera luka. Hanya terhantuk di kerusi dan benjol biasa sahaja. Kami membawa iman ke hospital untuk periksa keadaan kepala Iman.

Selepas ujian X-ray dibuat, keputusan X-ray menunjukkan memang ada kesan benjol tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.

Kami pulang ke rumah dengan hati tenang. Selepas seminggu Iman demam on off, kami bawa Iman ke klnik swasta biasa untuk ambil antibiotik.

Seminggu Iman ambil antibiotik, Iman masih lagi demam on off. Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Iman ke hospital semula untuk follow up kes Iman jatuh tu. Kepala Iman pun naik benjol besar sikit dari mula-mula dia benjol.

Sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Iman terus dibawa ke bahagian kecemasan dan diletakkan di zon kuning. Selepas diperiksa darah Hb Iman rendah dan CT scan dibuat. Hantukan yang dialami Iman terkena betul-betul di saraf darah di kepala nya.

Hasil CT scan Iman menunjukkan memang ada pendarahan di dalam kepala Iman.

Luluh dan remuk hati mama mendengar apa yang pihak hospital katakan. Iman terus dimasukkan ke wad dan bantuan darah diberikan.

Semasa di wad, doktor ada memanggil kami untuk memaklumkan hasil CT scan yg dibuat tu juga ada dijumpai ketumbuhan di kepala bahagian hadapan dan di belakang bola mata Iman. Ketumbuhan itu terjadi dari kelenjar yang aktif dan semakin teruk bila iman demam dan darah dijangkiti kuman.

Seminggu Iman di wad diberi antibiotik untuk mmbunuh kuman yang ada. Tapi Iman tetap demam. Jadi pada hari ini (semalam), Iman disarankan untuk ambil sum-sum tulang belakang. Tujuannya diambil untuk mengenal pasti jenis kuman dan penyakit yang dialami Iman.

Kami akan menunggu keputusan dari pihak hospital atas ujian sum-sum tulang Iman. Mama dan papa berharap agar keputusan yang diterima adalah keputusan yang mengembirakan dan Iman akan dirawat dengan secepatnya.

Mohon sahabat-sahabat doakan agar Iman dapat sembuh sepenuhnya dan segala urusan untuk merawatnya dipermudahkan oleh NYA.. Aaminnn.

Semoga Iman sembuh segera seperti sediakala dan keluarganya dipermudah menghadapi ujian ini. Aamiin.

Sumber: Nursasabila Kamarulzaman

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.