Siakap Keli

(Gambar)Jual Kicap Je, Tapi ‘View’ Dalam Kilang Kicap Ni Buat Ramai Terpegun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila bercakap mengenai kicap Habhal’s Cap Kipas Udang, sudah pastinya ramai yang mengetahui dan pernah menikmati keenakan kicap pilihan ramai ini sejak dahulu lagi. Kicap ini sememangnya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dah telah menjadi penambah rasa bertahun-tahun lamanya.

Bagi yang tak tahu, kicap yang terkenal dengan nama kicap Kipas Udang itu merupakan produk keluaran Muslim yang gah bertapak di Malaysia kira-kira 20 tahun dahulu lagi. Apa yang menariknya proses pengeluaran produk ini dikatakan merupakan usaha oleh 100% bumiputera Islam daripada peringkat pengurusan sehingga ke bahagian pembungkusan.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa kilang pemprosesan kicap ini mempunyai pemandangan yang unik ?

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang individu menerusi akaun Twitter Fikboy, dia berkongsikan foto-foto keunikan kilang tersebut yang tidak pernah disangka-sangka.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Jika dilihat, pemandangan di ruangan tersebut kelihatan begitu mewah dengan dihiasi perabot dan peralatan lain. Ruangan lobi kilang itu juga dipamerkan koleksi-koleksi produk yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Lanjutan daripada perkongsian yang lain, Fikboy juga berkongsikan beberapa ‘posting’ mengenai produk berkenaan dan ruangan kilang kicap tersebut yang begitu esklusif.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi perkongsian tersebut, kilang ini dikatakan menerima lawatan dari pelbagai agensi untuk melihat sendiri bagaimana proses pengeluaran produk ini dilakukan. Kejayaan yang dikecapi oleh pengeluar kicap ini juga diharapkan dapat membantu peniaga-peniaga lain untuk mempertingkatkan ekonomi terutamanya orang Islam pada masa akan datang.

Warganet juga memberikan respon yang positif terhadap pemandangan unik kilang tersebut malah ada yang mengatakan bahada kilang itu kelihatan mewah terutamanya di kawasan ‘receptionist’.

“Serius mewah, receptionist pon cun”

“Wow sangat kilang kipas udang”

Sumber: Fikboy

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra