Siakap Keli

Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Hilang

Seorang kanak-kanak, berusia 11 tahun, Intan Nuralyssa Qaseh dipercayai hilang sejak Jumaat (18/10/2019).

Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang mengeluarkan notis kanak-kanak hilang bagi hebahan orang ramai.

Menerusi laporan yang dikeluarkan pihak polis, lokasi kejadian atau tempat kali terakhir keberadaan adik Intan dipercayai di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang.

Diminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan Intan Nuralyssa Qaseh, boleh menghubungi balai polis berdekatan ataupun nombor pegawai polis bertugas, INSP Nor Syazirna (019 476 7610) untuk membuat laporan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra