Siakap Keli

Terkini: Lori Kimia Terbalik, Plaza Tol Ayer Keroh Ditutup

Satu kemalangan melibatkan lori terbalik dilaporkan telah berlaku di laluan sebelum keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 11.29 pagi ini. Disebabkan kejadian itu, semua kenderaan tidak dibenarkan keluar melalui Plaza Tol Ayer Keroh kerana lori tersebut membawa bahan kimia berbahaya sehingga berlakunya tumpahan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak PLUS Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook rasminya.

Kejadian kemalangan lori membawa bahan kimia berbahaya terbalik yang dilaporkan berlaku pada 11.29 pagi, 19 Oktober di sebelum keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh.

Sebagai makluman, atas nasihat Bomba, semua kenderaan dari Kuala Lumpur dan Johor Baharu tidak dibenarkan keluar melalui Plaza Tol Ayer Keroh kerana lori tersebut membawa kimia berbahaya dan berlaku tumpahan.

Oleh itu, kenderaan menuju ke bandar Ayer Keroh/Melaka dinasihatkan keluar di Plaza Tol Jasin (dari selatan) atau Plaza Tol Simpang Ampat (dari Utara).

Pengumuman kemalangan dan status trafik telah dihebahkan secara berterusan melalui Twitter PLUS Trafik, PLUS App, radio dan papan tanda elektronik lebuh raya (VMS).

Laporan dari Twitter@PLUSTrafik

1501hrs Kemalangan di Plaza Tol Ayer Keroh semua lorong masih terhalang. Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pihak Bomba. Plaza Tol Ayer Keroh masih ditutup. Sila gunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Simpang Ampat atau Plaza Tol Jasin.

1424hrs Status terkini, Kemalangan lori membawa bahan kimia di Plaza Tol Ayer Keroh. Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh pihak Bomba. Plaza Tol Ayer Keroh masih ditutup. Sila gunakan laluan alternatif, keluar di Plaza Tol Simpang Ampat atau Plaza Tol Jasin.

1326hrs Status terkini, Plaza Tol Ayer Keroh ditutup untuk kerja-kerja pembersihan bahan kimia oleh pihak Bomba. Untuk laluan alternatif ke Ayer Keroh sila keluar Plaza Tol Simpang Ampat atau Plaza Tol Jasin.

1257hrs Status terkini, kemalangan lori terbalik (membawa bahan kimia) di Plaza Tol Ayer Keroh dan semua lorong terhalang. Plaza Tol Ayer Keroh ditutup sementara. Untuk laluan alternatif sila keluar Plaza Tol Simpang Ampat atau Plaza Tol Jasin.

Terima kasih atas kesabaran dan pemanduan cermat ketika berada di lokasi.

Dapatkan info trafik terkini di Twitter@plustrafik.
https://twitter.com/plustrafik/status/1185451004365402112…

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia

https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/videos/417987305527077/

Sumber: PLUS Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra