Siakap Keli

(Video) Satu Dunia Tengok, Bekas Polis NYPD Puji ‘Skill’ Parking Bot Polis Marin

Setiap pasukan keselamatan di Malaysia mempunyai kemahiran dan juga kepakaran yang tersendiri sehingga boleh mengagumkan ramai orang. Malah, aksi yang dipamerkan oleh pasukan tertentu juga menarik perhatian dan mendapat pujian dunia.

Menerusi satu potongan video yang tular, kecekapan Pasukan Polis Marin Malaysia yang melakukan aksi ‘boat maneuvering’ telah mendapat pujian rata-rata rakyat Malaysia, malah turut perhatianĀ  daripada bekas anggota New York City Police Department (NYPD), John Cardillo.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, bekas anggota NYPD itu menyatakan melalui kapsyennya bahawa aksi itu hanya boleh dilakukan sekiranya mempunyai kecekapan pengendalian yang hebat.

Hanya bila anda fikir anda ialah pengendali bot yang mahir dan cekap.

Menerusi rakaman tersebut, sebuah bot yang meluncur laju dikendalikan dengan cekap apabila menghampiri ruangan jeti. Apa yang menariknya ialah aksi ‘parking’ bot berkenaan yang dibuat dengan pantas dan sempurna.

Persembahan ‘boat maneuvering’ itu dilakukan oleh Pasukan Polis Marin ketika Hari Peringatan Pasukan Polis Marin Ke 72 baru-baru ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Twitter juga turut melemparkan pujian terhadap kecekapan yang dipamerkan oleh Pasukan Polis Marin Malaysia.

“Sekali dua tengok anda fikir ‘ini mesti sesuatu yang buruk’. Sangat mengagumkan”

“Polis Marin Malaysia ketika persembahan”

“Sekarang, saya dah jumpa kapten baru saya”

“Ini sangat gila. Betul-betul gila dia boleh melakukan seperti itu”

Sumber: John Cardillo

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra