Siakap Keli

“Mata Lebam, Hidung Berdarah,” Ibu Didakwa Dera Bayi Sebelum Keluar Pergi ‘Dating’

Seorang bayi yang baru dilahirkan telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah. Lebih menyayat hati apabila bayi terbabit ditinggalkan dalam keadaan kritikal dipercayai didera oleh ibunya sendiri.

Bayi itu ditemui oleh jirannya dalam keadaan hidung berdarah dan berpakaian kotor. Si jiran yang cemas terus bergegas membawa bayi berkenaan ke hospital tempatan di bandar Rivne, Ukraine. Mengejutkan apabila doktor mengatakan bahawa itu pertama kali dia melihat kecederaan yang begitu teruk terjadi kepada seorang bayi.

Doktor percaya bayi tersebut mengalami patah tulang pada bahagian tengkoraknya. Bayi berusia empat minggu itu kini berada dalam bilik rawatan intensif.

Menurut kenyataan dari jiran, ibunya yang baru berusia 19 tahun itu keluar berjanji temu dengan seorang lelaki dan meninggalkan bayi itu sendirian di rumah.

“Ketika kami masuk ke bilik, kami melihat mata kanan bayi itu hitam, hidungnya tersumbat ditutupi darah pekat dan hampir tidak boleh bernafas.”

“Kami mahu menukar pakaiannya dan ketika itulah kami melihat lebam di seluruh tubuh badannya.”

Ibu muda tersebut ditahan polis sejurus sahaja dia pulang dari temu janjinya itu. Ibu terbabit walaubagaimanapun menafikan dirinya mendera bayi terbabit dan mendakwa bahawa cuaca sejuk adalah penyebab kecederaan berkenaan.

Pihak polis mensabitkan tuduhan kegagalan memenuhi tugas sebagai ibu bapa terhadap suspek. Dia bakal menghadapi hukuman penjara jika disabit kesalahan.

Sumber: Metro.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)