Siakap Keli

Padah Guna Inai Hitam Dipercayai Mungkin Ada Bahan Bertoksik, Kanak-Kanak Tersiksa Kulit Tangan Menggelembung Teruk

Pemakaian inai sebagai perhiasan diri dalam masyarakat kita pada hari ini sudah tidak asing lagi. Secara lazimnya, pemakaian inai dapat dilihat dipakai ketika majlis-majlis perkahwinan.

Bukan di majlis perkahwinan sahaja, inai ini juga sudah menjadi trend pada masa kini khususnya bagi kaum wanita untuk memakainya apabila menjelang hari raya.

Tidak kiralah inai yang dipakai itu berwarna merah mahupun putih, ianya pasti akan dapat menyerikan lagi si pemakainya sambil dilengkapi dengan baju raya yang cantik untuk dikenakan pada hari raya.

Namun tahukah anda bahawa inai juga tidak sesuai dipakai oleh semua orang. Ini kerana, kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk inai di pasaran ini mungkin akan menyebabkan kesan yang buruk kepada pemakainya.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Bel Nawhen ada berkongsikan serba sedikit tentang alahan kepada inai ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bila Inai Hitam menjadi masalah.

Madison Gulliver, 7 tahun sedang bercuti di Mesir (2017) dan ibunya pun ajak anaknya cubalah pakai inai hitam ni.

Tak lama lepas pakai inai, muncul blister dan dia rasa gatal pada tempat yang dipasang inai dan terus dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya. Kimia di dalam inai didapati menjadi punca kepada reaksi terhadap kulit Madison dan menyebabkan kelecuran kimia.

Tak pasal-pasal dapat parut kekal bercorak di tangannya.

Kes Madison boleh jadi pada sesiapa sahaja ekoran lambakan inai segera dijual di mana-mana kedai.

Fast Fact Alahan Inai Hitam (Public Health Malaysia)

Inai Hitam popular digunakan sebagai lukisan di badan / tangan sebagai tatu sementara.
 Ia MUNGKIN mengandungi bahan pewarna yang kuat dan bertoxic yang TIDAK sesuai untuk digunakan di kulit
Bahan tersebut diketahui sebagai paraphenylenediamine (PPD).
 PPD dibenarkan untuk digunakan sebagai pewarna rambut.
Walaupun JARANG, namun terdapat individu yang alah kepada bahan tersebut.
Gejala alahan kepada PPD termasuk rasa tidak selesa, kebas, panas, sakit, bengkak, kulit menjadi kemerahan dan melepuh.
Sekiranya mengalami gejala tersebut, bersihkan dengan air dan dapatkan rawatan doktor.
Ketahui status alahan anda kepada bahan-bahan tertentu.
Prihatin kepada bahan kandungan dalam produk kosmestik anda dengan membaca label produk yang ingin digunakan

Jadi, jika nak guna inai tidak kira organik ataupun mana-mana inai sila buat ujian alahan dengan meletakkan beberapa titis inai di kulit sebelum terus memakainya.

Jika terdapat tanda alahan, cuci kesan inai dan jumpa doktor. Jangan sapu colgatelah, tepunglah, kopilah, gulalah. Jangan tambahkan mudarat pada diri.

Sumber: Bel Nawhen/Public Health Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.