Siakap Keli

”Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air, Tiba-Tiba..” Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas ‘Pertemuan Terakhir’

Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, isteri beliau, Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu.

Kenyataan yang dibuat di laman Instagram itu, turut mengundang rasa hiba ramai apabila pasukan menyelamat menemui arwah suaminya itu ketika dia bersama-sama turun ke sungai.

”Pitt you keep me smilling you keep me strong when Farah atas boat di sungai Farah sentuh air panggil awak tiba-tiba dengar SAR DAH JUMPA!!,” katanya.

Malah, perasaan syukur dan gembira sewaktu menemui jasad suaminya itu tidak dapat digambarkan apabila semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

”Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula-mula dulu suka kat Farah.

Perasaan malu-malu Farah nak tahu siapa-siapa yang suka kat kita itu. I’m so happy Farah rasa macam cinta kita berputik sekali lagi. So proud of you my man,” katanya.

View this post on Instagram

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون َ‎ Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun . Al Fatihah buat syurgaku. Terima kasih pada semua. Maaf baru ada kesempatan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua. Kerna sibuk menguruskan perjalanan syurga buat ahli syurga Mohd Firdaus ku ini. Pitt u keep me smilling u keep me strong when farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba2 dengar SAR " DAH JUMPA !!" . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula2 dulu suka kat farah. Perasaan malu2 farah nak tahu siapa2 yang suka kat kita itu. Im so happy farah rasa macam cinta kita berputik sekali lagi. So proud of you my man. Awak memang hebat. Yes i will. Yer farah akan pegang kata2 awak " Farah boleh Farah boleh handle " Tq awak atas pengalaman hidup bersama di dunia. Awak ajar farah & anak2 banyak benda. Betullah yang pahit itu ubat. Yang susah tu akan senangkan kita. Nanti kita sambung cerita… Awak farah so proud of you !!! Xsabar nak kongsi cerita kat semua orang suami farah ahli syurga❤❤❤❤ Assalamualaikum Mohd Firdaus #prayforpitthanif #tottiespoppies #iflife #farahahmad #pittfarah #part1 #iamno14 #imsohigh #imsotanned #impossibleisnothing #bagusdipinggang #bukanuntukseharidua #knickknockscotterhamman

A post shared by Farah Ahmad MrMrs Pitt ❤ (@ifarahahmad) on

Dalam kejadian Sabtu lalu, Pitt yang masih dalam penggambaran filem Coastguard ditemui lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan, Sham Mokhtar, 38, terbalik dan terbelah dua kira-kira jam 11 pagi.

Bot fiber yang dinaiki mereka berdua ketika memancing di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang, itu dikatakan merempuh tiang besi sebuah jambatan menyebabkan mereka tercampak ke dalam sungai.

Pitt yang cuba berenang dibawa arus deras sebelum tenggelam manakala Sham yang merupakan Pengarah Fotografi filem itu berjaya menyelamatkan diri.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menemui mayat Pitt jam 4.25 petang, Ahad lalu kira-kira 500 meter dari lokasi dia terjatuh.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur jam 2 pagi, Isnin.

Pitt merupakan anak sulung dari pelakon Fauziah Nawi meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.

Sumber : Instagram ifarahahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.