Siakap Keli

(Video) Artis India Ini Mengaku, Selalu Dodoikan Anak Dengan Zikir Hasbi Rabbi

Sebuah video yang dimuatnaik oleh Rahman tular malam tadi di laman twitter. Rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan beberapa individu dalam sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen televisyen Tamil di India.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah ‘nyanyian’ yang dialunkan oleh individu yang dipercayai sebagai seorang penyanyi latar dan komposer di India, Sithara krishnakumar seakan-akan menyerupai zikir.

Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dalam program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada banyak lagu dia nyanyi. Yang jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yang berbunyi begini…

Saya tertanya-tanya, agak-agak dia tahu tak maksud lirik tu

Jiran India saya pun dia guna zikir ni dodoikan anak dia, selalu jugak dengar

Sumber: Rahman

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)