Siakap Keli

50 Buah Pesawat 737 NG Didakwa Ada Kesan Retak, Qantas Sifatkan Boeing Tidak Bertanggungjawab

Syarikat pengeluar terbesar, Boeing mengalami kebimbangan akibat tahap keselamatan yang menyebabkan firma tersebut mengakui tentang kesan retakan yang ditemukan pada 50 buah pesawat ketika pemerikasaan yang dilakukan di seluruh dunia.

Petik pada laporan berita, pesawat Boeing 737 NG MAX yang pernah menjadi punca tragedi yang menyebabkan dua nahas di Indonesia dan Ethiopia.

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilberg berkata, beliau terpaksa berdepan dengan beberapa soalan yang sukar sejak Rabu lalu berikutan dengan kes ‘kekurangan ketulusan ‘tersebut.

Pesawat tersebut mengalami masalah tersebut dikesan melalui ‘pickle fork’ bahagian yang menghubungkan sayap dengan badan pesawat yang menguruskan tekanan udara dan daya aeodinamik.

Jurucakap syarikat itu menjelaskan bahawa setakat hari ini lebih daripada 1000 pesawat di seluruh dunia telah memasuki ambang pemeriksaan. Kurang daripada 5% atau 50 pesawat di seluruh dunia mengalami ‘penemuan’ untuk diperbaiki.

Penjelasan oleh Qantas telah menimbulkan kebimbangan bahawa isu keretakan itu boleh menjejaskan pesawat. Pesawat-pesawat tersebut harus dijaga dalam keadaan selaamt sehingga pemeriksaaan selesai.

“Kami tidak akan mengendalikan pesawat kecuali ianya betul-betul dalam keadaan selamat, walaupun terdapat keretakan ia tidak akan berkompromi secara terus kepada keselamatan pesawat.”

Walau bagaimanapun, Qantas menyifatkan pihak Boeing 737 tidak bertanggungjawab.

Sumber: South China Morning Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)