Corporate Career Exposure (CCE) ialah pesta kerjaya yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar UTP dengan sokongan daripada Pejabat Pembangunan Kerjaya, Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Dahulunya dikenali sebagai Career Placement Week (CPW), CCE merupakan sister event kepada Technology, Education & Career (TEC). Sejak penubuhannya pada tahun 2001, CCE telah menjadi platform bagi para pelajar di seluruh Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan serta mendedahkan diri kepada syarikat tempatan dan syarikat multinational.
Melalui CCE, para pelajar dan graduan diberi peluang untuk bergaul dengan pemimpin syarikat, sambil melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia kerjaya.
Pada tahun ini, CCE19 telah menganjurkan program seperti ceramah kerjaya yang disampaikan oleh pihak Plexus, Intel dan lain-lain. Selain itu, CCE19 juga mengadakan lawatan perindustrian untuk para pelajar supaya mereka mendapat gambaran tentang alam pekerjaan yang sebenar.
Pada tahun ini, CCE menyasarkan kehadiran seramai 5,000 pengunjung dan penyertaan sebanyak 30 syarikat korporat pada 16 dan 17 November 2019, bertempat di Chancellor Complex, Universiti Teknologi PETRONAS.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Ahmad Firdaus Mohd Amran di talian +6012-734 0950 atau email ke [email protected] atau untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Corporate Career Exposure UTP.