Siakap Keli

“Maklumlah, Atuk Dah Tua,” Tak Nak Duduk Dengan Anak Sebab Selalu Kena Marah, Rela Jalan Kaki Pergi Hospital

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kekadang dalam kesibukan menguruskan anak-anak kecil di rumah, kita terlupa kita juga pernah dibesarkan oleh dua insan yang paling mulia. Ya, kasih sayang ibu bapa tidak bertepi.

Ibu bapa adalah insan yang pertama bagi seseorang anak untuk merasa dilindungi. Kehadiran anak adalah impian untuk ibu bapa. Ditatang dengan hati yang murni serta belai dengan kudrat yang ada.

Namun, mampukah kita sebagai anak membalas jasa mereka? Ikuti perkongsian daripada Dr Nimelesh di laman Twitternya mengenai seorang ‘pakcik’ yang sanggup berjalan jauh untuk ke hospital menjalani rawatan.

“Sorry Dr, takde kenderaan. Jadi atuk jalan sendiri hari ini”

Menurut Doktor ini, beliau ada bertanyakan kepada pakcik ini mana anak dan kenapa tidak suruh mereka sahaja yang hantarkan? Namun ini jawapan pakcik ini.

Anak semua dah pindah ke Kuala Lumpur. Mereka pulang bila waktu cuti sahaja. Isteri dah meninggal. Jadi atuk ni tinggal berseorangan. Nasib baik ada jiran datang melawat sekali sekala, tak lah rasa keseorangan.

“Tak pernah mereka meminta atuk untuk datang tinggal dengan mereka.”

“Kes atuk ni bukannya kes pertama yang saya pernah jumpa. Banyak lagi orang tua yang mengalami nasib yang sama dengan atuk ni”

Jelasnya, orang tuan sebenarnya tengah berbohong kerana mereka tidak ingin menyusahkan anak mereka sehingga akhir hayatnya. Jika sesekali kita sebagai anak, bawalah ibu bapa pergi melancong, tidak perlu jauh-jauh. Dekat pun mereka dah berbesar hati.

Masih ada lagi yang malu memegang tangan maknya semasa melintas jalan, tapi tak tahu malu memegang tangan anak dara orang lain pula.

 

Sumber: Dr Nimelesh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)