Siakap Keli
Gambar: Google

Restoran Dikesan Hidang Produk Khinzir Dari Negara Dijangkiti ASF

SERDANG, 1 Nov (Bernama) — Dua restoran di Lembah Klang dikesan menyediakan hidangan produk berasaskan khinzir dari negara yang dilarang pengimportannya kerana dijangkiti demam babi Afrika (ASF).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata perkara itu terbongkar ekoran serbuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) terhadap dua restoran itu semalam, dimana premis-premis itu dikesan menghidangkan ‘suckling pig’ yang diimport dari Vietnam.

Vietnam merupakan antara 10 negara yang dilarang sebarang pengimportan khinzir dan semua produk haiwan itu kerana dijangkiti ASF. Larangan itu turut meliputi negara China, Poland, Thailand, Cambodia, Hong Kong, Myanmar, Laos, Timor Leste dan Belgium.

Sim berkata operasi berkenaan adalah antara usaha kerajaan menghalang penularan virus itu, yang boleh mengakibatkan ternakan khinzir mati apabila termakan sisa daging atau produk bertin dari negara terjejas ASF, sekali gus memberi kesan kepada industri khinzir negara yang bernilai RM5 bilion.

“Kita tidak mahu nasib ribuan pekerja di 600 ladang ternakan khinzir terjejas oleh tindakan tidak bertanggunjawab mereka yang membawa masuk produk-produk berasaskan khinzir daripada negara yang dijangkiti ASF,” katanya, serta menambah bahawa ketika ini Malaysia masih bebas daripada penularan virus tersebut.

Sim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kebangsaan pemindahan teknologi anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Turut hadir Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor dan Ketua Pengarah JPV Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.