Siakap Keli

Wanita Tertua Di Dunia Meninggal Pada Usia 123, Keluarga Dedah Rahsia Arwah Umur Panjang

Seorang wanita Rusia yang diiktiraf sebagai manusia tertua yang hidup di dunia dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 123 tahun dua hari lalu.

Tanzilya Bisembeyeva yang dilahirkan pada 14 Mac 1896 itu ‘pergi’ dengan tenang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kawasan perumahanya. Ketika upacara pengebumian, seluruh kampung datang untuk ‘menghantar’ wanita tersebut ke perjalanan terakhirnya.

Dakwaan bahawa Tanzilya merupakan wanita tertua yang hidup di planet ini diiktiraf oleh Russian Book of Record dan disokong oleh kerajaan Rusia.

Menurut laporan Daily Mail, orang ramai mula membuka ‘rahsia umur panjang’ wanita berkenaan. Mereka mendakwa bahawa wanita terbabit hanya terlihat berjumpa doktor pada usianya 100 tahun.

Malah, mereka percaya bahawa gaya hidup sihat yang diamalkan oleh wanita itu menjadi antara sebab wanita itu mampu hidup sehingga 123 tahun. Di samping itu juga, si mati dikatakan suka meminum susu yang diperam.

“Mungkin sikap dia yang tidak boleh duduk diam dan gemar bekerja menjadi salah satu rahsia dia berumur panjang. Dia juga tidak merokok dan suka makan makanan dari sumber asli (natural)” Kata keluarga Tanzilya.

Sumber: Daily MailĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)