Siakap Keli
Kredit: NRI Cafe/Worthy

Wanita Tak Keruan Bekas Suami Pernah Curang 7 Kali Minta Rujuk, Dapat ‘Tazkirah’ Free Dari Netizen

Seringkali kita mendengar kes curang sama ada dari pihak lelaki mahupun wanita. Tidak tahu apa dalam fikiran mereka, kadangkala ada antara mereka yang ibarat menjilat ludah sendiri, datang merayu untuk kesekian kali.

Memberi peluang kedua, ketiga mungkin ada baiknya walaupun tidak mudah. Namun bagaimana jika anda telah berikan peluang tujuh kali? Selama mana lagi anda tahan untuk disakiti?

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi kisahnya di laman Kisah Rumah Tangga. Menurutnya, dia baru sahaja bercerai dengan suaminya selama 4 bulan kerana mendapat tahu si suami telah curang sebanyak tujuh kali.

Namun katanya, lelaki itu kini ingin kembali kepadanya, membuatkan dia runsing dan bertanya pendapat mereka di laman berkenaan sama ada perlu atau tidak untuk dia beri peluang kedua. Mari baca kisahnya.

Assalamualaikum admin, saya baru 4 bulan lebih bercerai dengan bekas suami. Puncanya disebabkan orang ketiga lah.

Saya sedar dia ada perempuan lain tu waktu pantang anak saya. Tergerak hati nak tengok telefon dia dan saya memang terkejut bila nampak gambar-gambar dan video. Hampir meroyan mengamuk waktu tu.

Saya paksa dia telefon perempuan tu tapi diam. Rupanya laki saya dah bagitahu siap-siap dah kalau saya telefon jangan angkat.

Saya dapat tahu jugak lepas buat Whatsapp Web kat telefon laki. Mereka pernah bersama dah sebelum saya dan laki nikah lagi.

Gambar hiasan. (Kredit: ReGain)

Mereka dah kenal 4 tahun dah. Sedangkan saya dan suami 7 tahun kenal. Keluarga perempuan tu pun dah anggap laki saya macam menantu sebab ramah sangat laki saya.

Lepas kantoi tu saya cuba rahsiakan dari keluarga. Tapi sebab dalam pantang emosi tak stabil tak tentu arah. Saya asyik menangis dan keluarga perasan.

Saya luah pada mak dan pada adik bekas suami. Saya rapat dengan adik ipar saya ni. Adik ipar tak mampu simpan dan minta keluarga selesaikan lepas kantoi lagi kali ketiga tak silap saya.

Saya cuba ajak laki pi kaunseling dan dah jumpa keluarga perempuan tu jelaskan yang laki saya dah berkeluarga. Tapi lepas tu pun masih berhubung dan jumpa lagi. Ber’baby’ ber’sayang’ lagi.

Saya berhenti kerja dan tinggal dengan suami sebab sebelum ni kami PJJ setahun tapi saya kerap jumpa dia juga. Dia tinggal dengan keluarga dia.

Dua bulan duduk sekali pun masih nampak lagi mesej diorang. Saya putus asa dan bercerai lepas kantoi 7 kali. Tapi sekarang ni bekas suami ada minta nak nikah semula sebab katanya nak jaga anak sekali dengan saya.

Saya tak tahu sama ada nak terima semula atau tak. Saya tengok anak rasa kesian.

Berikutan itu, rata-rata netizen memberi pendapat mereka dan mendoakan wanita berkenaan.

“Ular sepuluh kali salin kulit pun tetap ular yang sama dik..”

“Sis dah terlepas daripada suami curang, buat apa nak tempah bala lagi”

Kalau nak berbaik dengan bekas suami, jangan kesian sebab anak

Ramai isteri yang tertekan, namun bertahan dengan perhubungan yang kian musnah dengan alasan anak-anak. Ironinya, bertahan dengan hubungan toksik kadangkala hanya menambah derita si anak.

Mohon petunjuk Allah

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.