Siakap Keli

Lelaki ‘Panggang’ Kucing Bunting Dalam Mesin Pengering Dobi Dihukum Penjara, Denda RM40,000

Padah membunuh kucing bunting dalam mesin pengering pakaian tahun lalu, seorang lelaki dihukum penjara 34 bulan dengan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang pada hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap K Ganesh, 42 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Rakaman perbuatan kejam memasukkan seekor kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering tular di media sosial tahun lalu.

Kejadian kejam yang berlaku pada tahun lalu itu berlaku di salah sebuah premis dobi di Gombak, Selangor pada kira-kira jam 12.30 malam.

Insiden itu mendapat reaksi yang kurang senang dalam kalangan netizen yang nyata amat marah dengan tindakan lelaki berkenaan.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa