Siakap Keli
Kredit Foto: bm.soyacincau

Peralihan Penyiaran MyTV Secara Digital, 178,700 Dekoder Percuma Diagihkan Di Kedah

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama Jabatan Penerangan Kedah telah mengadakan program Analogue Switch Off (ASO) bertujuan untuk memperkenalkan peralihan penyiaran MyTV secara digital yang telah dinaiktarafkan untuk kemudahan orang ramai di negeri Kedah pada 30 Oktober lepas.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan peralihan penyiaran digital bagi menjadikan penyiaran secara HD penuh.

Selain itu, peralihan penyiaran ini bertujuan menggantikan sistem lama yang usang dan tidak mempunyai alat ganti yang baru selain menawarkan pelbagai kelebihan.

Ia dibahagiakan kepada dua kategori dimana pelanggan mendapat aerial bersama dekoder dan pemasangannya adalah percuma.

Manakala kategori kedua pula pelanggan hanya akan mendapat dekoder sahaja dan kos pemasangan adalah berbayar.

Peralihan sistem penyiaran seluruh Malaysia ini dijangka berakhir sepenuhnya menjelang penghujung November ini dengan Sabah dan Sarawak menjadi negeri terakhir menerima peralihan tersebut.

Menurut Hajah Normah Bte Ramli, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah berkata usaha ini adalah untuk membantu golongan B40 untuk mendapatkan siaran secara digital.

Terdapat golongan sukarelawan yang akan membantu golongan B40 untuk mendapatkan siaran secara digital.

Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Kedah daripada setiap daerah negeri Kedah sendiri.

Diharapkan usaha yang sedang dilakukan dapat memberikan inspirasi kepada organisasi lain untuk turut sama membantu memberikan sumbangan dari segi tenaga.

Pengguna yang mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan servis pemasangan TV digital boleh terus menghubungi pejabat penerangan di daerah masing-masing untuk maklumat lanjut.

Tawaran ini hanya dibuka untuk golongan B40 sahaja.

Setakat ini sebanyak 178,700 dekoder telah diagihkan secara percuma di negeri Kedah ini.

Siti Natrah Jusof