Siakap Keli

Alat Sulitnya Dilaporkan ‘Hancur’, Remaja Maut Dipercayai Dirogol Bergilir-Gilir Rakan Sendiri

Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas dua minggu menerima rawatan selepas dirogol sekurang-kurangnya oleh 4 orang rakannya sendiri di Oruro, barat Bolivia.

Mangsa dirogol dipercayai selepas minum minuman keras bersama suspek-suspek di sebuah rumah di bandar pada bulan lalu, menurut pendakwa Orlando Zapata.

Menurut Daily Star, bahagian kemaluan mangsa juga dilaporkan ‘hancur’ akibat jenayah tersebut.

Laporan menyatakan remaja tersebut tidak sedarkan diri selepasĀ  minum. Ketika dia sedar, dia didapati tidak ingat apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Menurut Kementerian Kesihatan, Jhoselin berasa sangat sejuk, sakit di bahagian pinggulnya dan sukar untuk berdiri.

Media tempatan mengatakan mangsa berjaya meninggalkan rumah itu dengan bantuan daripada pejalan kaki yang membawanya ke sebuah hospital. Ketika itu mangsa dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Dia dilaporkan menjalani pembedahan tetapi akhirnya meninggal akibat kecederaan yang dihadapinya. Zapata berkata suspek-suspek yang berusia diantara 16 dan 17 telah mengambil kesempatan atas persahabatan mereka.

Suspek telah ditangkap dan kini berada dalam tahanan bagi membantu siasatan terhadap kes rogol tersebut. Menurut ibu mangsa, mereka menderita dalam meraikan graduasi anaknya itu.

“Pesalah tidak boleh dibebaskan sehingga keadilan dapat ditegakkan. Mereka harus bayar apa yang telah mereka lakukan”, kata ibunya lagi.

Menurut Zapata, penyiasat masih menunggu keputusan forensik untuk mengetahui jenis dadah yang digunakan pada malam berkenanan.

Sumber: The Sun, Daily Star

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.