Siakap Keli
Gambar hiasan

Lelaki Ini Kongsikan Jenis Kamera Tersembunyi Di Hotel & Cara Untuk Mengesannya

Percutian adalah suatu benda yang rasanya takde orang pun tak suka. Setiap kali nak pergi bercuti tu, perkara yang paling penting yang kita semua utamakan mestilah tempat penginapan dia. Mesti nak yang cantik, nak bilik besar la, nak ada kolam renang la dan macam-macam lagi.

Dan selalunya bila dah masuk je hotel atau tempat penginapan yang kita dah tempah ni, buka je pintu, campak beg campak segala barang, terus lompat atas katil. Tapi jaga-jaga ye, mungkin setiap gerak geri anda tu sedang diperhatikan.

Banyak klip-klip rakaman yang tidak sepatutnya tersebar dekat internet. Ini menunjukkan, zaman sekarang ni penjenayah makin licik di samping bantuan teknologi yang canggih terdapat di pasaran sekarang. Bayangkan lah, kamera-kamera yang tersembunyi ni terdapat dalam bentuk seperti pen, ‘plug’, malahan ada juga kamera yang menyerupai alat pengesan asap.

Untuk memastikan anda semua tak menjadi mangsa, seorang pengguna Twitter yang bernama @luqmanhkm93 ada berkongsikan tentang tempat penjenayah menyembunyikan kamera serta cara untuk mengetahui sama ada tempat penginapan anda itu selamat dari kamera tersembunyi atau tidak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi olehnya seperti berikut:

Pernah tak check in hotel atau tempat penginapan? Pernah dengan kamera tersembunyi? Merakam kehidupan privasi anda. Mari saya beritahu bagaimana untuk mengetahui samada ada kamera tersembunyi ataupun tidak.

Gambar: @luqmanhkm93

First, selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antaranya ialah:

1)Pengesan asap

Gambar hiasan

2)Penapis udara

Gambar hiasan

3)Buku

Gambar hiasan

4) Hiasan dinding

Gambar hiasan

5)Kotak tisu

Gambar hiasan

6)Teddy bear

Gambar hiasan

7)Kotak Tv digital

Gambar hiasan

8)Penyangkut pakaian

Gambar hiasan

9)Pen

Gambar hiasan

10)Almari

Gambar hiasan

Kedua, sebelum masuk ke bilik, pastikan kesemua lampu ditutup. Pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.

Gambar hiasan

Ketiga, buka wifi di telefon bimbit andan dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yang pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fling di telefon.

Gambar hiasan

Keempat, cabut mana-mana kabel yang disyaki kamera tersembunyi tersebut.

Sumber: @luqmanhkm93

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.