Siakap Keli

Pelajar Tahfiz Dakwa Mulut Disumbat Najis Kucing, Disimbah Air Panas

Pusat tahfiz menjadi salah satu gedung ilmu yang sangat baik bagi anak-anak yang ingin mempelajari agama islam dengan mendalam namun baru-baru ini, sebuah pusat tahfiz  sekali lagi menjadi perhatian umum apabila seorang pelajar melecur disimbah air panas sehingga dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa mendakwa badannya melecur di bahagian paha kiri akibat disimbah air panas ketika sedang tidur di asrama tahfiz itu pada jam 4 pagi.

Menurut laporan, mangsa yang berusia 13 tahun itu baru memberitahu dia baru enam bulan di tahfiz tersebut dan menjadi mangsa buli sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari.

Mangsa memberitahu bahawa tiga bulan sebulan itu, dia dan suspek pernah bergaduh dan tidak ada apa yang mampu dilakukan selain mengejek sebagai cara ‘melawan’ balik.

Namun begitu, petang Isnin lalu, mangsa mendakwa dirinya telah dipanggil suspek ke tingkat bawah asrama sebelum menumbuk dan menyumbat tahi kucing ke dalam mulutnya.

Ia tidak terhenti disitu apabila pada pagi rabu mangsa mendakwa didatangi individu menumbuknya ketika sedang tidur dan menyimbah air panas.

Ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya itu melecur 13 peratus dan perlu menjalani fisioterapi apabila tulang sendi bahu terjejas akibat insiden tersebut.

Menurutnya, dia ke tahfiz tersebut untuk berjumpa dengan anaknya namun terkejut mendapati ada kesan lebam pada tepi mata kiri.

Mangsa juga dikatakan pernah lari dari pusat tahfiz itu pada pukul 1 pagi kerana tidak tahan dikacau dan ditumbuk.

Hal ini telah diberitahu pihak pengurusan tahfiz dan ibu bapa pelaku untuk berjumpa namun gagal.  Ibu mangsa turut menjelaskan bahawa keluarga suspek menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM3,000. Pun begitu, bukan wang yang diinginkan tetapi ingin menuntut keadilan melalui mahkamah.

Pengetua pusat tahfiz tersebut sebelum ini menjelaskan bahawa insiden tersebut bukanlah kes buli seperti yang dikatakan namun hanya salah faham antara dua pelajar.

Sumber: Sinar Harian

Sofea Shahira

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.