Siakap Keli
Kredit: Viral Media Johor

(Video) “Biasanya Budak-budak Kami Culik Buat Asam Pedas”, Tular Video Lelaki Sakat Kanak-Kanak Merayau Sampai Menangis

Kerap kita dengar kes kanak-kanak dilaporkan hilang di Malaysia setiap tahun. Walaupun kebanyakan kes orang hilang dapat dijumpai semula, namun jumlah mereka yang belum ditemui agak membimbangkan, memikirkan nasib mereka yang terpisah daripada keluarga.

Pengawasan orang dewasa amat penting ketika mereka keluar bermain terutamanya di tempat-tempat berisiko berlakunya kemalangan atau penculikan.

Terbaru, tular video seorang lelaki dipercayai menyakat tiga orang kanak-kanak yang dilihat merayau dengan basikal masing-masing di lokasi yang agak sunyi berhampiran ladang kelapa sawit.

Perakam video berkenaan secara sengaja mengusik mereka kononnya ingin menculik dan memasak mereka.

“Biasanya budak-budak ni, kitorang culik buat asam pedas. Tapi yang kecik ni taknak, yang ni pun taknak, yang ni.. kenyang sikit,” kata lelaki berkenaan sambil merakam ketiga-tiga mereka.

Ekoran itu, kanak-kanak lelaki yang ketiga menangis dipercayai ketakutan dengan ‘ugutan’ tersebut.

Gelagat mereka mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat kecomelan mereka.

“Dulu masa kecil-kecil ada seorang pakcik perut besar. Kalau kami memekak je main kejar-kejar nanti dia datang dekat sambil usap perut, “Kenyang.. baru makan budak sorang tadi.” Tergamam kami.”

Dalam lawak ada motif

“Biar dia yang menangis, jangan kita yang menangis di kemudian hari”

Seorang lelaki yang mengaku sebagai perakam video berkenaan turut muncul dan meninggalkan komen, mendakwa kanak-kanak tersebut sebenarnya tidak jauh pun dari rumah mereka. Tetapi dia sengaja menyakat mereka yang tidak mengenali dirinya.

Dakwanya lagi, kanak-kanak tersebut terus masuk ke rumah dan tidak keluar-keluar sampailah dia pulang kira-kira dua jam selepas itu.

“Lepas saya sakat budak ni, dia terus masuk rumah dan tak keluar-keluar sampai la saya balik lebih kurang 2 jam kemudian. Adik comel ni nama Adam kalau tak salah saya,” katanya.

Sumber: Viral Media Johor

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.