Siakap Keli

(Video) “Yang Penting Buat Dengan ‘Enjoy’” Pemuda Hilang Berat 33kg Selepas Amal Diet Suku-Suku Separuh Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penjagaan berat badan bukan semata-mata untuk penampilan, tetapi kesihatan tubuh badan. Menurut laporan World Health Organization (WHO), Malaysia merupakan negara Asia tertinggi mengalami masalah obesiti dengan 64% lelaki dan 65% perempuan mempunyai lebih berat badan dan obes.

Bukan mudah untuk menurunkan berat badan kerana ia memerlukan rutin yang konsisten. Jika kita mengamalkan rutin yang terlalu sukar, mungkin usaha terhenti di sekerat jalan.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Rowahul Bukhari berkongsi cara yang membantunya menurunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh 4 bulan sahaja. Mari baca perkongsian Bukhari di bawah.

Alhamdulillah saya baru mengamalkan diet suku-suku separuh dalam 4 bulan. Hasil yang sangat memberangsangkan.

Berat asal saya 156 kilogram dah turun ke 123 kilogram. Masih jauh lagi nak dapatkan berat yang ideal.

Dulu nak buat segala aktiviti terbatas; solat cukup punya susah, nak bangun dari lantai tu punya la sengsara, nafas pun dah tercungap-cungap.

Alhamdulillah kini saya dah boleh berlari 5-6km 1 hari, solat dah boleh duduk tahiyat akhir, hiking gunung, naik moto rasa makin laju.

Banyaklah kesan positif yang saya dapat hasil dari turun berat badan dengan mengamalkan diet suku-suku separuh.

Perjalanan masih jauh lagi nk dapatkan berat ideal tapi saya akan usaha, doakan saya.

Baru 30kg hilang dalam 4 bulan, lagi 50kg nak kena hilangkan. Yang penting buat dengan enjoy.

Bukhari turut berkongsi aktiviti lain yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.

4bulan 30 kg hilang (1 july 2019 – 6 november 2019)

Semalam ada orang pm saya tanya jaga makan suku-suku separuh je ke sebab badan cepat turun.

Share la video ni, mana tahu kalau boleh jadi inspirasi kepada kawan-kawan badan besar nak turunkan berat,

Saya bukan sahaja menjaga pemakanan suku-suku separuh saja, tapi rutin harian saya sangat sibuk dengan perkara-perkara positif, setiap hari mesti akan exercise. 1 hari ada la dalam 3-5 jam saya bersenam.

Saya bersenam seminggu 6 kali Isnin-Sabtu, Ahad keluar bawak anak dan orang rumah exercise mata kat kompleks beli belah.

Antara senaman saya;

1. joging
2. hiking
3. angkat berat
4. push up tu hari-hari (100kali)
5. sit up hari-hari(100kali)
6. skipping (setakat ni boleh buat 2ribu saja)

Push up saya buat 1 hari sebanyak 100 kali. Saya buat 20 kali satu set, setiap kali lepas solat saya buat 20 kali. Jadi 5 kali solat jadilah 100, takdalah penat sangat.

“Nah saya belanja sikit video orang 120kg++ buat push up. Saya boleh takkan anda tak boleh.”

Penat memang penat, tapi saya rasa sangat bertenaga selepas bersenam. Selain pemakanan yang sihat dan senaman, saya juga mengamalkan minum air putih dengan kerap, badan kekal bertenaga ja bila kita kerap minum air putih.

Saya sekarang Alhamdulillah minum air putih 8-10 liter 1 hari dan Alhamdulillah badan sangat bertenaga, kawan-kawan semua jangan pulak ikut ya terus 10 liter, kena ada step dia, minum ikut keperluan badan masing-masing.

Cara kiraan dia setiap 25kg berat badan kita satu liter air. Saya mampu minum 8-10 liter sebab badan saya dah biasa, bila kerap minum ni, lapar pun jadi kurang.

Jadi saya amalkan diet tanpa berlapar. 1 hari saya makan 5-6 kali, banyak snacking-snacking yang sihat saya ambil contohnya, kacang kuda, roti wholemeal, pau. Banyak lagi lah makanan yang sIhat ni, nak cerita pun tak habis.

Main meal saya makan nasi tengah hari saja, pagi petang malam banyak snacking tapi snacking yang sihat.

Nampak tak saya buat #100daytransformation dan #day17 tu.. Ni sebenarnya saya tengah buat 1 cabaran untuk diri saya, saya cabar diri saya untuk ubah diri dari fat ke fit dalam tempoh 100 hari. Sekarang baru 17 hari, lambat lagi

Jadi doakan saya ya untuk kekal istiqamah amalkan gaya hidup yang sihat. Sekarang ni rasa sangat sayang pada diri sendiri. Jom kawan-kawan amalkan gaya hidup yang sihat.

Skipping

Sumber: Rowahul Bukhari

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.