Siakap Keli
Kredit: Mr Wan Cai Official

(Gambar)Viral Remaja Autisme Minat & Menangis Ketika Urus Jenazah Mungkin Teringat Arwah Ibunya Sentuh Hati Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mereka bukan tidak mampu, tetapi mempunyai kemampuan yang berbeza. Anak istimewa Autisme, Adik Aiman membuktikan bahawa beliau mempunyai hati dan hasrat yang murni untuk turut menyalurkan bakti kepada masyarakat.

Dalam perkongsian oleh Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor melalui laman Mr Wan Cai Official, adik Aiman dilihat turut serta mengangkat papan pengusung jenazah untuk pengebumian.

Luarannya nampak sihat, tetapi disebalik penampilan luarannya itu siapa sangka adik Aiman seorang anak Autisme.

Hasrat anak syurga ini sudah pun kami tunaikan. Terima kasih Allah kerana temukan kami dengan adik ini.

Melihat semangat yang beliau miliki ketika membantu rakan rakan unit sukarelawan menguruskan jenazah ke-144 tadi, satu ilham dan kekuatan pula timbul kepada kami semua untuk terus berjuang dalam dunia pengurusan jenazah.

Inshaallah perjuangan fisabilillah kami tidak akan terhenti..

Semoga adik Aiman sentiasa dalam lindungan Allah SWT!

Menurutnya, adik Aiman yang telah kehilangan ibunya amat meminati pengurusan jenazah, namun tidak mempunyai peluang untuk menyertainya. Ekoran itu, mereka mengajak Aiman untuk turut serta mengambil dan menguruskan jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada hari berkenaan.

Perkongsian berkenaan telah menyebabkan warga maya tersentuh melihat kelakuan anak istimewa itu.

Kredit: Mr Wan Cai Official

Menurut laman berkenaan, adik Aiman dilihat menangis semasa sesi pengurusan jenazah di surau.

“Moga ibumu bersama orang-orang yang beriman..”

Mereka turut berkongsi beberapa keping gambar adik Aiman ketika sesi pengurusan jenazah tersebut.

Kredit: Mr Wan Cai Official
Kredit: Mr Wan Cai Official
Kredit: Mr Wan Cai Official

Semoga adik Aiman sentiasa menjadi manusia yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber: Mr Wan Cai Official

Amira

Love yourself.