Siakap Keli
Gambar: Mirror

Ibarat Zombi, Lelaki Tanggung Derita Lebih 15 Tahun Cacing ‘Pemakan’ Daging Hidup Dalam Otaknya

Cacing sepanjang 12cm berjaya dikeluarkan daripada kepala seorang lelaki yang telah hidup selama lebih 15 tahun di dalam kepalanya.

Wang Lei mula mengalami simptom kebas di bahagian kiri badannya pada tahun 2007, dan sejak dari itu kesihatannya mula merosot.

Dia sudah banyak kali berjumpa dengan pakar dan pernah didiagnos menghidapi tumor otak, namun pihak doktor masih tidak dapat mengenal pasti apa puncanya pada ketika itu.

Keadaan lelaki itu terus bertambah buruk dan dia mula mengalami kekejangan serta kerap pitam, lapor media tempatan.

Pada 2018, doktor mendapati bahawa ada seekor cacing yang sedang hidup di otaknya dan doktor telah menasihatkan lelaki itu untuk menjalani rawatan tanpa memerlukan pembedahan kerana cacing tersebut berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk dibedah.

Gambar: Mirror

Malangnya, cacing tersebut terus hidup di dalam kepala lelaki itu, baru-baru ini dia telah terpaksa menjalani pembedahan di Guangdong Sanjiu Brain Hospital bagi mengeluarkan cacing tersebut.

Selepas 2 jam prosedur pembedahan dijalankan, doktor akhirnya berjaya mengeluarkan parasit yang dikenali sebagai ‘Sparganum mansoni’ yang biasa dijumpai di usus kucing dan anjing, menurut laporan.

Doktor Gu memberitahu pada media tempatan: “Pembedahan itu berisiko tinggi.

“Cacing itu hidup dengan ‘memakan otaknya’ secara perlahan-lahan, kami terpaksa membuang semua bahagian yang terkesan kerana khuatir bahagian yang tertinggal tersebut boleh dijangkiti semula.

“Kes ini bukanlah kes yang pertama kami pernah hadapi, hospital kami pernah merawat 4 orang pesakit yang mempunyai kes yang sama.

“Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dalam memasak katak, siput serta ular yang perlu dimasak dengan cara yang sebetulnya.

“Selain dari itu, jangan sesekali minum air yang tidak dimasak.”

Lelaki tersebut yang berasal dari Guangzhou dilaporkan sedang beransur pulih daripada sakit yang dihidapinya itu.

Gambar: Mirror

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right