Siakap Keli

(Video) Rasa Terganggu Masa ‘Game’, Pemain Bola Tendang, Baling Ayam Keluar Pagar

Seorang pemain bola sepak di Crotia menerima layangan kad merah selepas didakwa membunuh seekor ayam ketika satu perlawanan yang berlangsung di Sisak-Moslavina.

Pemain itu dikatakan menjadi tidak senang dengan keadaan padang yang ‘dicemari’ dengan kelibat beberapa ekor ayam. Disebabkan itu, dia mengejar sekumpulan ayam itu lalu menghayunkan kakinya dengan kuat.

Akibat daripada tendangannya, beberapa ekor ayam terus kaku dan mati. Pemain berusia 23 tahun itu telah mengangkat bangkai haiwan itu dan melemparkannya ke luar pagar. Kelihatan bulu ayam tersebut berselerakkan ketika pemain itu melemparnya.

https://www.youtube.com/watch?v=lKWxjXR8ivA

Kesan daripada tindakan itu, pengadil perlawanan mengambil keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain berkenaan dengan alasan tidak mengamalkan semangat kesukanan. Sejurus itu, pemain itu mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa ayam sentiasa memasuki kawasan padang.

Ayam sentiasa memasuki kawasan padang, kawasan ini penuh dengan najis dan ianya adalah keadaan yang tidak bersih.

Saya berlari sedikit ke arah ayam untuk mengejar mereka dan saya mengayunkan kaki dan membunuh secara tidak sengaja. Pengadil itu berlari ke arah saya dan melayangkan kad merah.

Tambah pemain itu, dia tidak sengaja untuk membunuh haiwan tersebut malah dia turut menyalahkan pemilik ayam berkenaan.

Sumber: News.com.au

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra