Siakap Keli

Kekuatan Badai Kategori Lima, Taufan Halong Paling Kuat Dunia Dijangka Hampiri Vietnam, India

Taufan Gergasi Halong merupakan salah satu daripda ribut terkuat yang direkodkan di mana-mana lautan di Bumi sejak Dvorak dimasuki pada tahun 1970-an.

Taufan ini juga merupakan taufan ketujuh terbesar pada tahun ini dan kini merupakan salah satu daripada sistem tropika terkuat yang diperhatikan sejak liputan satelit bermula pada tahun 1970-an, dan menjadikannya salah satu ribut bumi paling kuat di dunia.

Kekuatan badai Kategori 5 yang kuat di Atlantik pada petang Selasa lepas mencatatkan kira-kira kelajuan angin maksima hampir 290 km/j dan tiupan meningkat lebih tinggi daripda 350 km/j. Rekod itu telah menjadikan taufan ini setara di Pasifik pada tahun ini berikutan kejadian taufan Hagbis dan Wutip pada Februari lalu.

Untuk menilai kekuatan tiupan taufan seperti Halong dan Hagibis, para pakar bergantung kepada data satelit dan menggunakan proses yang disebut Advanced Dvorak Technique (ADT). Teknik ini mempunyai beberapa batasan tetapi pada amnya melakukan kerja yang sangat baik untuk menghitung kekuatan sesuatu badai, kelajuan angin dan juga tekanan pusat.

Dengan menggunakan imej pada Selasa petang, peramal mengiktiraf Halong sebagai 10 ribut terkuat yang direkodkan di mana-mana lautan di Bumi sejak teknik Dvorak dimulakan pada tahun 1970-an.

Ribut itu dikatakan tidak akan menjejaskan tanah, tetapi dijangka akan mempunyai ribut tambahan yang bakal melanda Vietnam, India dan Bangladesh.

Sumber: The Weather Network

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra