Siakap Keli

Microsoft Jepun Buktikan Produktiviti Syarikat Naik Lepas Laksana Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari

Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda pasti menginginkan cuti yang panjang dan ‘lari’ sebentar daripada kesibukan dan tekanan kerja namun apalah daya kebiasaannya cuti yang diperoleh hanya selama dua hari.

Lain pula dengan syarikat Microsoft di Jepun yang melakukan ‘eksperimen’ terhadap cuti pekerjanya dan berjaya membuktikan bahawa bekerja selama 4 hari menjadikan lebih produktif selain membuatkan setiap pekerja lebih gembira dan yakin.

Menurut Microsoft, produktiviti syarikat itu meningkat sebanyak 40 peratus apabila pekerja hanya perlu datang bekerja daripada hari Isnin sehingga Khamis dan bercuti pada Jumaat hingga Ahad.

Selain diberi cuti selama tiga hari, pekerja juga masih menikmati gaji lima hari bekerja walaupun hanya perlu ke pejabata selama empat hari.

Program dipanggil sebagai ‘Work Life Choice Challenge’  membenarkan pekerja mereka untuk mengurangkan waktu bermesyuarat dan memberi respon kepada email-email yang berkaitan dengan kerja.

Selain Microsoft, restoran burger di Las Vegas , Shake Shack juga mula mencuba kaedah ini untuk menarik minat pekerja baharu.

Menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), produktiviti akan lebih meningkat jika sesebuah syarikat membenarkan pekerjanya bekerja dalam tempoh waktu yang singkat.

Bekerja lebih masa berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar penyakit, kecederaan, penambahan berat badan, penggunaan rokok dan alkohol serta kesan yang paling teruk ialah boleh membawa kepada kematian.

Sumber: Market Watch

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra