Siakap Keli

Momen Menyayat Hati, Tiga Ekor Beruang Selamatkan Anak Dilanggar Kereta

Tiga ekor beruang bahayakan nyawa mereka demi menyelamatkan anak beruang yang telah dilanggar kereta di jalan raya yang sarat dengan kenderaan.

Video yang berdurasi seminit lebih itu telah dirakam di Immokalee, Florida menunjukkan yang anak beruang itu cuba untuk bangun namun telah terjatuh di jalan raya selepas dinggar oleh sebuah kenderaan.

Tiga ekor beruang itu menariknya dengan menggunakan mulut ke tepi jalan yang lebih selamat.

Lisha DeShay telah berkongsi perasaan sedih melihat ahli keluarga beruangĀ  yang sedaya upaya ingin menyelamatkan ahli keluarganya.

Namun, menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengesahkan anak beruang itu telah mati.

Sumber : Dailymail.uk

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)