Siakap Keli

(Video) Rakaman Detik Cemas, Gempa 5.8 Magnitud Landa Iran

Menurut Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat, satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda barat laut Iran pada awal pagi tadi. Gempa itu dilaporkan berlaku pada jam 2.17 pagi waktu tempatan dan dilaporkan mempunyai gegaran yang sangat kuat.

Ekoran itu, ramai yang panik dan bergegas keluar daripada rumah mereka.

Pada awalnya, gempa itu dilaporkan berukuran 6.0 oleh Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), terletak 83km barat daya Ardabil di kedalaman cetek 10km.

Walau bagaimanapun, sehingga kini dilaporkan masih tiada kecederaan nyata atau kerosakan harta benda.

Sumber: Reuters / CBC News Alerts

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.