Siakap Keli

“Bilik, Katil, Pintu Kamu Dicalit Minyak Dagu,” Rumah Kena Pecah Tapi Siapa Pun Tak Sedar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Boleh dikatakan kejadian jenayah berlaku pada setiap hari di sekeliling kita. Aktiviti jenayah seperti merompak dan mencuri bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian harta benda, malah boleh juga menyebabkan kecederaan dan maut.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Fatien Abdul, dia menceritakan pengalamannya dan rakan serumah yang lain apabila rumah mereka telah dipecah masuk tanpa mereka sedari.

‘Bukan sahaja pecah masuk! Habis setiap katil, pintu bilik & pintu rumah dicalit MINYAK DAGU!’

MY.EXPERIENCE MALAM JUMAAT:

Malam tu rasa mengantuk dia lain macam. Baru pukul 10… Ada housemate g sidai baju kat luar malam2, buka pintu terbiar luas.. Rumet Aku pula bawa laptop keluar cadang nak buat kerja… Eh baru on tak sampai 2 minit, dia off balik. Bila tanya, ‘dah siap ke kerja?’ Dia cakap, ‘ tak jadilah. Mengantuk!’ PELIK…

Aku pulak dlm bilik je, ketuk story sbb baru lepas Interview.. On laptop & buka tingkap bilik..Lepas 30minit gitu… Mngntuk sgt2, lepastu semua tido. Tak tahu apa yg jadi Malam tu.

Sedar2 je, rumet kejut tnya ‘mana phone you, Fat?’ Dalam separuh sedar cari kt mana phone.. DAMN! MY PHONE HILANG. Iman (rumet) cakap phone dia pun hilang.. dia ckp pintu rumah terbuka & tak berkunci. Bila check, mangga bersepah kt lantai.. tingkap & pintu kena kopek…

Kejut semua housemates, phone masing2 hilang, purse… Cash.. kad bank, kad access company.. phone company, License, IC… semua hilang!

Benda first ktorg buat, call 999. (Rumet Ada 2 phone n that guy ambik 1.. maybe lagi 1 dia tak nmpk..Alhamdulillah) then, ktorg call minta smbungkan ke balai terdekat, tak smpai 30 minit polis dtg. Masuk je rumah dia tnya, ‘semua tak sedar? Sah. Ni kerja *****! Kamu semua kena pukau’ Allah, luruh jantung Rasa.

Lepastu polis Minta ktorg pergi balai Polis terdekat untuk buat report berkaitan kerugian.. Lepas je g n settle report, dorang Minta ktorg pergi balai Polis Mutiara Damansara pulak, untuk jumpa pegawai penyiasatan ambil detail..

Settle je yang Tu. Pegawai tu Minta ktorg balik tunggu d rumah n jangan sentuh apa2.. sebab Dalam sejam dia Akan dtg untuk ambil cap jari dan ambil gambar keadaan rumah…

Okay settle pasal polis…

Bayangkan that guy pecahkan pintu, gril, mangga, semua orang tak dengar! Aku pulak stay kt bilik master which is paling dkat dgn pintu.. Dan langsung tak dgr! Yg paling scary, that guy masuk setiap bilik sorang2 n ktorg sekali lagi tak sedar! MUSTAHIL SANGAT.

And, bayangkan lagi kalau masa Tu dia buat yg bukan2? Rogol? Raba? Siapa tahu??? Dannnn… Yg paling scary bila sorang rumet ni panggel ayah dia dtg cucikan rumah.. “setiap bilik, katil, pintu bilik & pintu rumah kamu dicalit MINYAK DAGU!”

Ayah rumet cakap, minyak dagu bukan sahaja untuk buatkan Kita sukakan someone. Tapi digunakan untuk tujuan lain… Mungkin untuk sihirkan? Dan mungkin sebagai tanda untuk mudahkan dia datang lagi. Girls out there, tolong Jaga diri!

Last… Ayah rumet cakap dia pukau melalui angin.. Dan sebenarnya dia dah try lama… Kebetulan Malam tu Malam Jumaat, jadi ilmu dia menjadi! Ingat tak? Malam tu kan Ada rumet keluar sidai baju, buka pintu luas2.. meanwhile, Aku? Buka tingkap bilik, ketuk story… So yah

*Maaf, ramai yg Tanya:Ketuk story= tulis artikel.

Sumber: Fatien Abdul

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra