Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bukan Salah Kamu” Pelancong Keluh Jerebu Teruk Di KL, Tak Salahkan Malaysia

Pelancong Keluh Jerebu Teruk
Kredit: Bernama & Threads @globaltrippa2

Sehingga kini, beberapa lokasi di Malaysia masih terkesan dengan jerebu susulan kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia.

Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan penduduk di kedua-dua negara, malah turut memberi kesan kepada pelancong yang datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan negara ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pelancong dari Australia, Kristine, meluahkan rasa kecewa dengan keadaan jerebu yang teruk di ibu negara.

Pelancong Keluh Jerebu Teruk Di Ibu Kota

Menurutnya, dia memilih masa yang tidak sesuai untuk melawat Kuala Lumpur kerana keadaan jerebu bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah mengehadkan jarak penglihatan kepada sekitar satu hingga dua kilometer sahaja.

Kristine turut menyifatkan Indeks Kualiti Udara (AQI) ketika itu sebagai teruk dan memuat naik tangkap layar bacaan kualiti udara pada Rabu yang menunjukkan bacaan 172, iaitu dalam kategori tidak sihat.

“Saya pilih masa yang buruk untuk melawat Kuala Lumpur. Jarak penglihatan paling jauh pun sekitar satu hingga dua kilometer sahaja. AQI juga teruk,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pelancong berkenaan turut mengkritik Indonesia susulan kebakaran hutan di negara itu yang menjadi punca jerebu merentas sempadan.

“Tahniah Indonesia kerana telah merosakkan seluruh rantau ini!” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna media sosial dari Malaysia turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jerebu yang berlarutan.

Malah, ada yang memohon maaf kepada Kristine kerana terpaksa berdepan dengan keadaan tersebut sepanjang lawatannya ke Malaysia.

Bagaimanapun, pelancong itu berkata rakyat Malaysia tidak sepatutnya dipersalahkan atas situasi berkenaan.

“Ini bukan salah kamu. Saya kasihan dengan kamu kerana terpaksa hidup dalam keadaan seperti ini setiap hari,” luahnya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Beberapa lokasi di Malaysia masih terkesan jerebu susulan kebakaran hutan di Kalimantan.
  • Pelancong Australia, Kristine, berkata jerebu Kuala Lumpur mengehadkan jarak penglihatan dengan ketara.
  • Beliau memuat naik bacaan AQI 172, dikategorikan sebagai tidak sihat pada Rabu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan