Siakap Keli

Darah Tinggi Tak Terkawal, Punca Saluran Darah Di Otak Tersumbat – KKM

Apa itu darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembunuh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140 perlu segera mendapatkan rawatan dan rujukan pakar. Bacaan yang tinggi seperti itu boleh mendedahkan mereka kepada komplikasi kesihatan yang serius seperti saluran darah di otak tersumbat atau pecah serta strok atau angin ahmar secara mengejut.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan. Jika tekanan darah dalam bacaan yang tinggi, pemeriksaan doktor harus dibuat dengan segera bagi mengelakan perkara tersebut bertambah buruk.

Serangan mengejut dan lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal. Perkara ini berlaku disebbakan berlaku penyempitan salur darah ke bahagian otak atau disebabkan salur darah pecah. Kesannya, sebahagian daripada tisu oatak mengalami kerosakan disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Ramai yang tidak sedar risiko untuk menghidap penyakit bahaya ini tidak mengenal usia. Jika mereka masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat dengan pengambilan pemakanan tidak seimbang, tinggi koleri dan berlemak selain enggan bersenam, mereka berisiko untuk berhadapan dengan masalah tersebut.

Pengambilan garam berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, secara purata rakyat Malaysia mengambil 7.715 garam sehari. Ini jauh lebih tinggi dari saranan WHO (5 gram sehari).

Oleh itu, pengambilan garam perlu dihadkan iaitu tidak melebihi 1 sudu teh (5 gram) sehari termasuk garam tersembunyi seperti kicap, ikan masin, belacan, taucu, stok kiub, cencaluk, mayonis, sos tomato atau tiram, jeruk buah, telur masin atau makanan dalam tin.

Adakah kita memerlukan garam?

Namun begitu, penggunaan garam penting dalam badan kita kerana ia mempu memberi keseimbangan cecair badan selain memberi fungsi otot dan saraf yang sempurna serta mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu peka dengan pengambilan makanan yang diambil setiap hari bagi mengelakkan gejala dan serangan ini berlaku. Ini kerana serangan strok atau angin ahmar merupakan punca utama kematian di Malaysia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Zetty Amelia

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.