Pemandu bas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang remaja di Bayan Lepas, Khamis lalu.
Rakaman yang tular baru-baru ini, dimana sebuah bas persiaran didakwa hilang kawalan dan merempuh seorang remaja 16 tahun yang dikatakan sedang bertugas sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera.
Ujian air kencing terhadap pemandu mendapati, dia dikenalpasti positif dadah dan didakwa tiada lesen memandu yang sah.
Sumber: Bernama